Powered By Blogger

Jumaat, 23 September 2011

KeLeBiHaN ProduK ShaKLee..

alhamdulillah..dapat gak aku beli set produk shaklee ni untuk pas bersalin
dalam konfius lambakan produk kat pasaran
aku pilih yang ni
aku memang nak makan jamu
tapi ramai cakap jamu panas
nanti anak kena kuning

pas jumaat tadi
aku ngn asben pergi kat stokis shaklee kat taman molek
aku pon tak pernah sampai sini
jenuh gak mencari
sampai tersesat
heeeee

tapi ape pon..dah alang-alang sampai
baik kami teruskan pencarian kedai shaklee ni

alhamdulillah..jmpa jugak
tapi yang aku tak tahan
nak masuk pon siap ader guard bersenjata lagi
adussss
prosedur ketat jer
asben cari parking and aku masuk kedai beli sendiri
parking lak penuh
sibuk betul orang taman molek ni
hahahaha

ni lah 4 produk yang aku beli
tahan lah untuk 4 bulan
mak sedara aku cakaplah
dia yang sujest pada aku

tapi sebenarnya
ramai dah yang makan benda alah ni
selain untuk baby..untuk mak baby pon bgus
jom kita layannnnn kelebihan produk ni....


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitaminDilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.



b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


.
d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita
so bagi aku...produk ni tak lah mahal sangat..sb kalu dihitung pon harga ahli rm231 bahagi ngn 4 bulan...dalam sebulan kos hanya RM50++....

nampak mahal sb bayar gedebuk..
so..bagi sesiapa pon boleh memilikinya sb harga dia berpatutan
bagi ibu2 yang mmg nak menyusukan anak sampai 2 tahun
bolehlah mencuba
tapi azam kena kuatlah
aku harap aku tergolong dalam ibu2 yg berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun
walaupon aku ibu yang bekerjaya
ok..sharing is caring
sayangilah baby anda..beri khasiat susu ibu yang sebaiknya..
aminnn

8 ulasan: