Rabu, 2 Julai 2014

Anniversary yang 4tahun

Ya Allah..lamanya tak jenguk blog kesayangan..
terlalu banyak yang tak dapat dikongsikan bersama bila penyakit malas datang menjelma
alhamdulillah..kehidupan yang dilalui masih sama..bahagia bersama seorang permata kesayangan dan suami tercinta..

29 05 2014
adalah anniversary kami yang ke 4 tahun
alhamdulillah..suka duka ditempuhi bersama
tahun ni tak dapat sambut anniversary sebab aku balik kampung sempena cuti sekolah aritu

walaupon still tak sambut anniversary
benda paling penting ialah hadiah
syukur kerana dikurniakan suami yang suka wat suprise dan bertukar2 hadiah..


tahun ni dapat handbag lagi..
tq suamiku
semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan hingga ke syurga
terima kasih menjadi suami yang baik untuk ayang n ank
terima kasih kerana selalu bersabar dan tidak pernah jemu mendidik kami menjadi insan yang lebih baik

semoga kita sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan dari Allah SWT

we love u so much 






Rabu, 20 November 2013

SePi

salam semua..
rasa dah lama blog ni sunyi sepi
aura nak menaip dah lama hilang
kesibukan acapkali menghalang dari melakukan hobi yg satu nie..

arini last jaga spm
selepas ni dah boleh pk aktiviti2 yang seronok setelah lama bekerja
salah satu tentulah percutian
dalam byk percutian blk kg lah yang paling best
insyaAllah 25hb ni akan berangkat pulang ke Perak
tinggallah encik suami 2-3 mngu di sini
walaupon rasa sedih
terpaksalah hadapi jugak

lagipun cuti sek hujung tahun lah yang paling seronok sb cuti lama sikit
bolehlah melepaskan rindu dendam masakan mak

apapun, semoga dipermudahkan sgala urusan
aminn

Isnin, 29 Julai 2013

SaLaM LebaRan

lama rasanya dah tak buat entry bergambar kan
nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin
kepada yang mengenali diri ni
jika ada salah dan silap haraf di maafkan
salam aidilfitri buat semua dari saya sekeluarga


46kg = my weight

semalam timbang berat badan
46kg jer
yess..puasa kali ni berjaya menurunkan berat badan dengan efisien..
dengan ketinggian 153cm..aku rasa berat ni ok lah sikit
badan ringan..
kalu tak puasa berat aku boleh jejaki sampai 50kg
hehehe

tunggu pas raya lak
mesti naik lagi
apapun syukur
diberi nikmat untuk makan
makan pon sekadar perlu

salah satu sebab aku tak boleh gemok
sebab awal2 lagi encik somi dah gtau
dia tak suka aku gemok
so pandai2 lah paham
hehehe

bestnya nak raya..tak sabar nak balik perak
ketupat, rendang ayam,soto mcm memanggil2 jer..hehe

apapun selamat hari raya maaf zahir dan batin

Rabu, 24 Julai 2013

AnaKku

lama rasenya tak update blog
sekarang ni fokus dh byk berubah
bila berpikir tentang si jantung hati
nur qistina batrisyia sudah menjengah setahun 9 bulan
terasa terlalu pantas masa berlalu

alhamdulillah
anak comel ini masih mendapatkan khidmat susu badanku
tumbesaran yang sangat aku dambakan di depan mata
saat terucap bibir mungil lah memanggil "ummi"
terasa bahagia nya hidup dengan kehadiran si kecil
yang sudah memahami apa yang berlaku di sekelilingnya
sungguh
aku bersyukur dikurniakan anak seperti batrisyia
penyejuk mata suami dan diriku
benarlah
anak pengerat hubungan suami isteri
sebarang keputusan haruslah memikirkan dirinya

terima kasih Ya Allah
di atas segala kurniaaMu ini
walaupon hanya pinjaman di dunia ini
namun ku harapkan kasih biarlah hingga ke syurga abadi

Selasa, 9 Julai 2013

Hepi BesDay SuamiKu

happy birthday to my husband yang tercinta
ayg ngn baby sayang sgt kat abg to end life
thank you for looking after us with patience and love
thank you so much
tahun ni takde kek
sok nak pose..kehkeh
nanti kita celebrate yea

luv u abg
so much
(8 - 8)

Ahad, 23 Jun 2013

SteamBoat

rasanya aku seorang penggemar steamboat terlampau kot
bahaya sebenarnya
sebab boleh mengoyakkan poket
huhuhu

ketagihan nak hirup tomyam panas n daging bakar
lagi satu yg menjadi masalah
restoren steamboat selalu buka malam-malam
kadang waktu siang pon aku teringin
acanerr tu nak tunggu malam

lagipon selalu restoren steamboat ni cas ikut per kepala
dekat sini ada yg rm30.90, ada yg rm20.90
 dua2 not bad
cuma different nya sb price 

finally aku dapat idea baru
lagipon bukan semua bahan aku makan
selalu aku pulun daging bakar jalah
mcm hubby dia bakar2 ni kureng
dia suka yang rebus2 ja
okey laki bini minat tak serupa

so..aku wat sendiri steamboat versi aku
buat ja kuah tomyam,masukkan kiub tomyam n ejas citarasa..nak pedas masukkan cili sikit.. sediakan bahan untuk direbus,,bebola ikan, sayuran dan segala mak nenek bahan dia tu

pastu boleh guna pemanggang ajaib atau pon kuali non stick
aku alas kan dengan kertas aluminium tu ja
then panggang daging yg diperap
boleh juga ditambah dgn ayam, udang, dan sebagainya
ikut selera masing2
sedap sgt
serupa ja makan steamboat kat luar tu
tapi yg ni lagi jimat

so sekarang aku dah tak perlu susah hati kalu nak makan steamboat di siang hari
kejap ja masak then siap!!

yang penting rumah aku standby bahan nak makan steamboat
lagi jimat...