Powered By Blogger

Jumaat, 30 September 2011

35 MinGGu ++...

sekarang ni dah masuk 35minggu
rase kejap jer masa berlalu
tapi bagus jugak
tak sabar nak balik kampung kat perak
heee
sabar yea baby
tunggu ayah anta ummi balik perak dulu
baru keluar tau
hehehe

harap2 Allah permudahkan perjalanan aku
aku planing nak balik berpantang kat perak
anak sulung kan
aku memang takder pengalaman lagi
sume persiapan sudah aku siapkan
barang2 baby ngn barang aku
sume dah masuk beg kecik
in case bersalin awal pon
beg aku dah prepare termasuk GL


sejak dah masuk 35minggu ni
aku dah perasan kaki aku dah mula bengkak
bengkak comel2 gitu
ingat kaki aku tak bengkak
bajet diri ni steady lah
tapi kalu dah nama cikgu
confirm berjalan banyak
tu belum kira naik turun tangga lagi

so..time pregnant ni aku memang wat exercise juga
hahahaha

Masalah bengkak kaki sewaktu hamil sebenarnya adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang sedang mengandung.
Kaki biasanya akan lebih membengkak apabila kandungan telah memasuki trimester ketiga fasa kehamilan

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung.
Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
aku pon sekarang ni kerap minum air kosong. 

. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar..
so,,aku memang selesa tidor mengiring sebelah kiri
so..bagi aku info ni mmg berkesan untuk aku..

cuma sekarang ni
perut cepat jer tegang..
risau jugak...huuuu

Oh yer, seriously, sekarang ni boleh kata setiap hari aku boleh nampak kaki @ siku @ lutut si baby terbonjol. 
Ntah ape aktiviti dia kat dalam tue :)
Wonderful moment, Subhanallah!
sepanjang pregnant ni
orang cakap mesti ader stretch mark kat perut
tapi tak semua orang kot...
ia terjadi sebab
kesan regangan bila perut membesar
tapi alhamdulillah
aku tak mengalaminya
ni aku bli start awal pregnant dulu
takut wehhh
ader stretch mark
tapi pakai pon jarang2
nampak sangat aku ni rajin sapu losyen
hahahah
cap pureen..hega dalam RM30++
150ml jer...
aku beli kat guardian
rasenya banyak lagi brand yang jual
yang penting cari kandungan yang ader cocoa butter
colagen, ngn vitamin E
tak dapat aku bayangkan kalu jadi macam ni
ni aku google jer
adusss...tak cantik dipandang
so..sebelum jadi macam ni kenalah keluarkan duit sikit
beli losyen anti stretch mark
pesanan untuk aku gak
pakai jer losyen tu
membazir beli tapi wat pekasam
heeee
tapi kalu tak silap aku
bio oil pon berkesan
try cari kat farmasi
okey....







Khamis, 29 September 2011

4 In 1 Kat SekOlaH

arini ader 4 in 1 kat sekolah aku
mksudnya 4 program dalam 1 hari
solat hajat bacaan yasin, perasmian rakan surau, jamuan raya dan mjlis penutup bulan kemerdekaan
jimat bajet weh
sekali jalan
aku pon suka sebab kalu nak penat pon
sehari ja
hahahah

awal2 lgi..ibubapa pelajar dah datang
solat hajat untuk budak exam
tapi aku suka sebab hujan pagi tadi
so..tak lah aku berpeluh2 sangat
yealah, sekarang ni pregnant aku cepat panas
berpeluh..sebab tu aku jadi tak suka dok luar
aku suka sejuk2..dlu ok jer
maybe pembawaan budak kot

pas abis solat hajat, bacaan yasin..n tiba lah jamuan raya
aku ni tengah lapar..macam2 ader..besalah kan
dah nama pon jamuan raya..hiiii

kebetulan junior aku ni datang awal, dia mengajar sesi petang..hajar nama dia..aku tgu k.ayu dia tak datang lgi..ni sume member baik aku
merangkap kaunselor sekolah
hajar call aku yg kebetulan mmg tgah tgu kat dewan
soo..time jamuan aderlah partner satu kepala
sama2 kuat makan

aku ngn dia tak makan kat dewan pon
kami amik makanan bawa kat blik knsling
pastu turun lagi
amik lagi makanan
tamak gila
siap tapau lagi makanan balik umah
orang tengah ramai
bukan nmpak pon kalu aku ngn hajar amik makanan banyak kali
hahahaha

pas jamuan ader majlis penutup kmerdekaan
aku ajk bahagian hadiah
tension aku
dahlah atas stage tu panas gila
dari pukul 11-1 aku dok kat situ
rase nak pitam
pinggang aku tok sah cakaplah
sakit gila
aku malas nak bergerak sebab aku tgah kekenyangan
perut lak sudah pasti sakit

Ader cikgu yg prihatin ngn aku suh turun
sbb ksian kat aku yg kepanasan
aku ja tak bergerak
padan muka aku
hahahaha



aku dok kat kerusi tepi hadiah ni
2 jam sampai kebas bontot
tak suka betul

sorilah
tak banyak gmbar aku amik
sebab tengah hot jer
berpeluh2..pakai plak kipas cap tangan kan
lagilah panas

bila lah aku dapat kelua dari sini
rasenya dok kat perak lagi aku hepi kot
d0k sini tekanan kerja wat aku tension ja
takpe...suatu hari nanti aku akan minta tukar jugak
tak sanggup aku dok sini lama2
hubby pon dah faham sangat ngn permintaan aku nan yg satu ini
hahahah

insyaallah..ader rezki aku akan kelua dari sini
bagi aku kat sini pengalaman bekerja kena kutip
supaya aku lebih kental jadi seorang pendidik
baru nama cabaran kerja
yerrr darrkkkk
tapi kat perak,,cabaran banyak pon
aku hepi n enjoy ngn kerja
nasiblah ader partner yg best
kuranglah skit tension aku kat sini

semoga Allah kuatkan hati aku dalam mencari rezeki yg halal
jauhkan lah aku dari sifat yang tidak ikhlas dalam bekerja..aminnnn




TaNda-TaNdA NaK BeRsaLiN

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Antaranya tanda-tanda nak melahirkan ialah:

1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)
  • Ini mengenai proses di mana anak akan bergerak turun ke bahagian pelvis.
  • Kita panggil proses ni sebagai 'lightening'.
  • Biasanya ia berlaku beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin.
  • Masa ni ibu-ibu akan lebih kerap rasa nak kencing sebab uterus kerap menekan pundi kencing.

2.Pengeluaran lendir atau mukus
  • Ini berlaku apabila serviks mula nak terbuka.
  • Mukus atau lendir yang dikeluarkan akan keluar melalui vagina.
  • Warna lendir tu ada yang pink, ada yang tak berwarna dan ada yang seakan-akan darah.
  • Waktu ni anda mungkin dijangka bersalin lebih kurang lagi 1 minggu atau 2 minggu.

3.Contractions ( Kontraksi)
  • Sewaktu contractions, abdomen atau perut si ibu akan mengeras..
  • Di antara selang masa contractions berlaku, uterus akan relax dan abdomen akan lembut..
  • Tapi contraction ni berbeza dari satu wanita dengan wanita yang lain.
  • Dan juga berbeza pada kelahiran yang berbeza..
  • Melahirkan anak pertama tak akan sama dengan melahirkan anak kedua dan seterusnya..
  • Biasanya contractions ni akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada belakang dan bawah abdomen di samping tekanan dalam pelvis..
  • Contractions ni bergerak macam gelombang dari atas uterus kemudian ke bawah uterus
  • Alah..lebih kurang rasa macam senggugut la..tapi rasa sakit lebih sikit laaaa..


Isnin, 26 September 2011

BaBy KeCik...

hari sabtu yang lepas..aku ngn asben pegi wat scan baby kat klinik swasta..sajer nak tgok perkembangan baby..
tapi aku sedih..sb doktor cakap baby kecik
tak sampai 2kg pun lgi ank ummi ni

so..aku balik umah berazam sebaik mungkin..
makn banyak n makn balik suplemen yang aku berenti tu
aku stop sebab kawan aku suh selang seli makan
tapi yealah..baka mak tecik kan..baby pon kecik
aku agak emosi bila memikirkankannya
so..hubby lah yg byk bagi support..
dia ckp dlu dia lahir tak sampai 1kg..
tapi sekarang membesar dgn sihat n tinggi

ermmm...tapi doktor cakap ader masa sebulan lagi ni
aku kena makan banyak skit
itulah yg aku wat
penuhkan peti ais ngn buah n biskut
yg berat2 aku makan kat sekolah n balik sekolah hubby tapaukan

harap2 baby aku sihat walaupon kecik
nak tgok jantina
tapi doktor cakap tak nampak sebab bby aku aktif sangat
dok bergerak
so..balik umah terus cari nama baby boy
yealah..dok scan bby gurl
kang kua baby boy
sian dia
nama pon umi ngn ayah tak cari lagi

dalam meniti saat nak bersalin ni
aku google maklumat ni
untuk aku ngn bakal2 ibu yea
semoga Allah permudahkan segalanya..
amin...




(petikan diambil dr http://www.hamidarshat.com/)
Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran antaranya ialah:
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pd perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat

Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.
"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)
"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah:
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf: Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87

Ayat ini juga elok dibaca oleh bakal ibu sebagai persediaan utk melahirkan bayi dan moga dapat membantu bagi memudahkan bersalin.
Wallahu akhrajakum mimbutuni ummahatikum la ta'lamu nasyaiaa.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun".

Sabtu, 24 September 2011

NaiK GaJi Ke BaJeT 2012 Ni???

rase petang ni badan lesu ja
pagi tadi ada LDP kat sekolah
aku ni kalu bab duduk lama2 dgr ceramah aku jadi stress
sakit ngn kebas bontot ngn panas lagi

memang dugaan
baby lak bersuka ria menendang di dalam perut aku
rase terhibur lah jugak dalam kepanasan tu
macam2 fesyen duduk aku wat
sebab memang kebas ceramah dari pagi sampai 1.30petang
aderlah rehat
tapi aku nak jalan2 bagi darah beredar ngn tenang
hahaha

sekarang ni tengah tgu asben beli kuih feveret aku
kuih popia
tak tahulah ader ke takder
sebelum bersalin ni baik aku minta ja nak makan aper kan
nanti dah bersalin kena pantang

ermmmm
balik pada tajuk entry nya
heee
panjang plak aku merepekkk

dengar2 orang kate bajet 2012 ni kakitangan kerajaan naik gaji
aku pon tak tahu lah btul atau tak
ishhhhh
mata duitan ke??
aku rase tak kottt...
kalu dapt rezeki kan..kalu tak dapat..ramai lagi kat luar sana yg lebih susah
bersyukur ngn ape yg aderr
bak kate asben aku.....huuuuuuuuu
ni aku copy paste ayat kawan dalam fesbuk:

pape pon baik dengar pembentangan bajet 2012 ni pada 7 Oktober 2011 ni..ari jumaat kot..yang itu lagi sahih menyahih..keh keh keh


"KAKITANGAN sektor awam dijangka akan menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini. Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus."

kalu rase nak gaji naik
tingkatkan kualiti kerja dulu
yea darrrkkkkk...
heeeeeeeeeeeee

Jumaat, 23 September 2011

KeLeBiHaN ProduK ShaKLee..

alhamdulillah..dapat gak aku beli set produk shaklee ni untuk pas bersalin
dalam konfius lambakan produk kat pasaran
aku pilih yang ni
aku memang nak makan jamu
tapi ramai cakap jamu panas
nanti anak kena kuning

pas jumaat tadi
aku ngn asben pergi kat stokis shaklee kat taman molek
aku pon tak pernah sampai sini
jenuh gak mencari
sampai tersesat
heeeee

tapi ape pon..dah alang-alang sampai
baik kami teruskan pencarian kedai shaklee ni

alhamdulillah..jmpa jugak
tapi yang aku tak tahan
nak masuk pon siap ader guard bersenjata lagi
adussss
prosedur ketat jer
asben cari parking and aku masuk kedai beli sendiri
parking lak penuh
sibuk betul orang taman molek ni
hahahaha

ni lah 4 produk yang aku beli
tahan lah untuk 4 bulan
mak sedara aku cakaplah
dia yang sujest pada aku

tapi sebenarnya
ramai dah yang makan benda alah ni
selain untuk baby..untuk mak baby pon bgus
jom kita layannnnn kelebihan produk ni....


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitaminDilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.



b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


.
d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita
so bagi aku...produk ni tak lah mahal sangat..sb kalu dihitung pon harga ahli rm231 bahagi ngn 4 bulan...dalam sebulan kos hanya RM50++....

nampak mahal sb bayar gedebuk..
so..bagi sesiapa pon boleh memilikinya sb harga dia berpatutan
bagi ibu2 yang mmg nak menyusukan anak sampai 2 tahun
bolehlah mencuba
tapi azam kena kuatlah
aku harap aku tergolong dalam ibu2 yg berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun
walaupon aku ibu yang bekerjaya
ok..sharing is caring
sayangilah baby anda..beri khasiat susu ibu yang sebaiknya..
aminnn

Khamis, 22 September 2011

SHakLee..


pagi2 lagi mak sedara aku mesej
dia dah lma gtau aku pasal set bersalin n set menyusu badan ni
dia dah lama makan produk shaklee ni
dia cakap susu badan memang banyak makan set ni
sooo..aku pon google lah maklumat ni
rase2 macam nak beli ja
so aku jumpa stokis kat taman molek
petang ni bolehlah terus ke stokis
hega ahli total dalam RM231.00
tahan 4 bulan kan..jimat lah jugak..heee

~ Alfalfa, Vitalea ,vitamin C, B Complex 
4 botol fullpack ni cuma rm231 untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan; Vitalea(120biji), Vita C(160biji), Vit B Complex (120biji), Alfalfa(330 biji). Jika Trial Pack cuma RM80 utk 30hari
  • AMAT2 sesuai sekali untuk ibu2 menyusu kerana dalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak sebagai penggalak susu
  • Namun, sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar,menyusukan anak,warga emas (*Alfalfa tidak sesuai bagi mereka yang menghidap SLE dan dan tidak digalakkan untuk mereka yang mengandung)
  • sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang
  • sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk
  •  Aturan makan: Sebiji sehari untuk setiap jenis, kecuali Alfalfa 2 biji sehari.

Rabu, 21 September 2011

TinGgAL KeNaNgAN...

21 sept 2011...
jamuan hari raya merangkap majlis perpisahan kak suzana
ketua kaunselor kat sekolah aku
baru beberapa bulan aku masuk sesi pagi bersama beliau
terasa satu kehilangan
sebab dah semakin rapat
sob sob sob
sedihnya..
tapi tu lah hakikat n knyataan hidup..setiap pertemuan..
pasti ada perpisahan..
kita hanya merancang..
tapi percaturan Allah adalah yang terbaik..

bergambar kenangan
dari kiri k.ayu, k.suzana..junior baru hajar n aku
yg pakai bju kuning tu baru jer masuk sekolah ni
gila bergambo adik aku sorang ni
hahaha

menu yang ader..
aku makan sume
tapi amik serba sedikit
sebab aku rase perut dah mengeras
soo
aku tapau ja bawa balik makan kat umah
gila tamak kan
yealah..aku suka lemang ngn ketupat
nak makan banyak2 tak boleh
so..aku bawalah balik umah

kebanyakan jamuan ni dibantu pelajar2
budak2 PRS kat sini sangat rajin
lega
bab mengemas ngn lain2
sume pelajar  wat
cikgu2 pantau jer
aku tengah sarat ni memang dok kat sofa ja
hahaha

plastik merah tu ais
sibuk ja dia pon nak bergambar

ni cikgu cikgi sedang menjamu selera

ni student yang rapat ngn aku gak
hari2 msti datang blik kaunseling
sangat boleh diharap
at least tengah aku boring
ader gak kawan menyembang
k..setakat tu ja
harap pasni k.suzana dapat melakukan yg terbaik di sekolah baru beliau
tinggal lah aku bersama kawan2 dengan kaunselor baru
yang sebaya dengan ayah aku
pasni tak leh degil2 dah
ader ayah yang memantau
huuuuuu


13 AuRaT WaNiTa


Tiga belas aurat wanita iaitu:

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan)menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang merekasembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari HadisRiwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim danBukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari HadisRiwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al AhzabAyat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripadapintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dariHadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yangmenjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhiratnanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlahkepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itusupaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah mahapengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untukmelakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yangberpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagiantertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akandigantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukanmahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikankita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Diadan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidakpasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya,dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami-suami? tidakcintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat diakhirat..Na'uzubillahhimin zaliq..bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikanbersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yangtelah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri sertatidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifatkaum-kaum yang beriman..

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.