Powered By Blogger

Sabtu, 31 Mac 2012

KeNaPa KeNaPa?????

lately agak emosional bila baca berkaitan ngn pembuangan bayi
kenapa yea??
aku yg mengandung penuh ngn onak berduri
ececece
byk dugaan benornya..hehehe
aku mabuk teruk..dh nak besalin pon ader lagi muntah2 ni
aku tengok kat metro tadi..
satu lagi mayat bayi lelaki cukup sifat masih bertali pusat berserta uri ditemui di perangkap sampah di dalam longkang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, semalam.

Lebih menyayat hati, bahagian muka bayi tersebut kemek dipercayai akibat terhantuk dinding longkang (konkrit) semasa dihanyutkan.

see???
muka baby tu penyek sb terhantuk dinding longkang
Allahuakbar!!
manusia apakah ini...

nape lah kejam sangat
tak takut dosa ke membunuh anak kecil ni..

time pantang nyamuk gigit my baby pon aku ligan
tapi ralat sebab aku tak berjaya
hahaha
agak2 lah nak ligan pon
macam lah boleh terbang

mungkin naluri keibuan dia takder
sebb tu dia tergamak bunuh anak sendiri
kalau rase tak mampu jaga
hantar ja bayi tu ke rumah kebajikan
ramai lagi family yg takder anak nak jadikan anak angkat
semoga orang yang melakukan perbuatan ni akan diberi hidayahNya.
aminnn



Khamis, 29 Mac 2012

YaHUUUwwwwww

yahoooo di pagi hari
dengan hati yg berbunga2 riang

tiba2 seronok plak raseerrrr
hahahaha
alhmdulillah
ader hikmah amoi patner keja aku kena tukar sekolah lain
maka aku pon kena tukar sesi petang minggu depan
bermakna aku akan memulakan kerja tanpa stres melampau dok sesi pagi
biasalah
keja kalu tak stres bukan nama kerja
bagi aku budak2 tak bagi stres pon
aku suka ngn budak2 walau dia nakal
aku suka bagi motivasi

tapi aku stres ngn tutttttttt
aku dah puas menangis dok sesi pagi
makan hati n lama-lama aku jadi tawar hati
tapi niat aku pergi sekolah aku tetap ingat
aku mencari rejeki yg halal
cukup masa hubby abis study..maka aku akan cabutttttttttttttt
hahahahahaha
harap aku tak lama di sini
aminnnn

Rabu, 28 Mac 2012

KeTaM MaSaK CiLi PaDi

arini sajer try wat ketam masak cili padi
teringin sb dah lama tak makan menu ni
aritu aku ajak hubby pergi mydin
borong barang wat stok sebulan
except barang basah
tak kan ikan simpan sebulan kot
pastu tengok ketam segar dari laut
terus terfikir nak wat ketam masak cili padi
hahahaha

mydin brg dia lagi murah
watpe aku beli brg tempat mahal2
kadang brand sama
tapi harga lain2
aku kan menteri kewangan berhemah
tapi kdg2 terpegi kat giant gak
heheheh

kuah dia tercair sikit
sbb santan yg aku beli ni kelapa muda sikit
tak lemak sangat
hentam jalah labu
janji nampak kuning
jemput makan
nyum nyum
hehehe

Selasa, 27 Mac 2012

SeDiH SeBeNaRnYa...

sekarang mood nak berbloging semakin kurang
rase sedih yg teramat
walaupon aku cuba rasionalkan semuanya
tapi hati aku sakit

sakit ngn org yg ader pangkat tapi otak letak kat ^%&*((&&
aku rase sabar aku dah hilang
sampai satu tahap aku nak tukar tempat kerja
uwaaaaa
menyesal aku tukar macam ni
aku tak nak citer ape dia wat pada aku
cuma aku sebagai hambaNya
aku akan doakan semoga kesusahan yg dia berikan pada aku akan Allah balas kpdanya dengan kesusahan yg berganda...
 
semoga doa org yang teraniaya akan Allah makbulkan
semoga kesakitan n kesusahan yg kau berikan hanya Allah yg akan membalas
 
ingatlah
pangkat yg kita miliki ni bkn penyebab kita nak menganiaya manusia lain..
aku akan maafkan 
tapi kalu kata aku nak berbaik ngn ko
aku rase tak mungkin
lambat laun kita akan mati jugak
janganlah menganiaya orng yg lebih bawah dari kita
 ko ngn aku tetap ader degree
yg different pangkat ko
 
 SEMOGA ALLAH MEMBALAS PERBUATAN KO NGN BALASAN YG SETIMPAL
AMINNNN
 

Ahad, 18 Mac 2012

ALhAmDiLLaH..ReZeKi HuBBy..

alhmdulillah
rezeki hubby nak sambung belajar ader depan mata
tapi pasni mesti rutin macam sekarang agak terbatas
banyak pengorbanan yg mmg kami dah pikirkan kalu hubby sambung belajar
especially kewangan..masa..tenaga..

hubby wat PJJ
tak kisahlah
janji sambung belajar
pasni hubby kena orientasi smnggu kat UUM kedah
tinggal lah kami anak beranak
adoiiii
nak cari kawan2 bujanglah
buat teman aku
huuuu

Sabtu, 10 Mac 2012

KeK Keju AgaiN

bila mood masak dah datang sikit
baik aku wat
lama dah nak makan kek ni
tapi aku takder mixer ngn oven
almaklumlah
bini encik yusri ni bknlah rajin masak sangat
hahaha


oleh kerana aku ni terlebih rajin
aku bli ja kek chiffon yg dah siap
made in giant
aku kan duta giant
(^__^)
kalu nak wat pon mau makan masa gak
so..beli yg dah siap masak
muehehe
malas jugak kan
hahaha
 keju philapeldia..keju 1

 keju philapeldia 2..yg ni untuk disagat di last skali atas kek

 kena guna susu pekat manis
aku gna yg F&N punya
tapi hanya separuh
kalu manis..boleh kurangkan lagi
 campurkan susu tadi ngn keju yang first tadi
aku gna separuh ja keju tu
lagi separuh boleh simpan
 pukul sampai kedua2nya sebati n kembang
 topping kan atas kek
pastu aku sagat keju tadi atas kek ni
simpan dalam peti ais dah boleh dimakan bila2 masa
(^______^)
aku sorang jalah makan
hubby tak makan keju
hahahah

NaSi GoReNg CiLi PaDi FeVeReT HuBBy

sejak 2 3 menjak ni
aku perasan hubby suka sgt mkn nsi goreng cili padi
sajer tukar menu
selalunya mlm2 aku tukar2 wat goreng2

sbenarnya aku ni taklah rajin memasak
kuikui
tapi sejak kami beli makanan kat luar
kat kedai bawah umah ni
itu jer paling dekat...
aku tak puas tau
kadang bayar nasi goreng RM5
nk jmpa aym seketul pon susah
sedihhh
tak berbaloi ngn harga yg byr
bkan kedekut
tapi kalu mahal
biarlah berbaloi sikit bahan2 tu

so..misi baru pon bermula
gigih aku ajak hubby pergi beli mixer ngn oven
kerajinan memasak dah datang
hubby kater jgn hangat2 tahi ayam jer
nanti simpan jer brg2 tu
muehehehe

nanti aku ceriter part aku wat ayam panggang
so..walau simple tapi aku puas hati
macam2 boleh masukkan


walau simple tapi air tangan isteri tu yg berkat
heeeee



Rabu, 7 Mac 2012

SaKiT GiGi..

dah 3 4 hari aku sakit gigi
azab bebenor rasenya
sob sob sob

sakit gigi bkn sb aku tak jaga gigi
tapi sbb gigi bongsu nak tumbuh
orang tua ader gigi bongsu lagi keww?

demam tak demam jugaklah nak rase
haishhhh
nak makan pain killer
takut susu merudum
aku mnyusu baby
jadi sebarang ubat aku takut nak amik
kang susu merudum
datang plak penyakit lain
sob sob sob

hubby dulu masa tumbuh gigi bongsu
pipi dia sampai bengkak
aku rase dia lagi teruk kot
pergi kerajaan dia cakap kena operate
tapi kena tunggu giliran

sbb tak tahan sakit hubby pergi swasta gak
operate buang gigi dalam rm500 gak..
aku ni kalu tak tahan sakit
kena gi klinik gak
nak operate buang ke..
hadoiiiiiiiii
dugaan...

STreS

Islam yang indah dengan isinya memberikan ubat yang mujarab bagi menghadapi tekanan yang datang dalam kehidupan.  Lantas ubat ini menjadikan kita lebih tenang menghadapi  segala ujian dalam hidup.  Hati akan lebih tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa juga yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah.

Tip menghadapi Stres
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan: 

01.
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

02.
Al-Quran jadikan amalan
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

03.
Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

04.
Selalu berdoa kepada Allah
 Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

05.
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

06.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

07.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

08.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

09.
Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Ahad, 4 Mac 2012

JoHoR PreMiuM OuTLeT

hujung minggu ni
mestilah kuar jalan2 kan

tapi kali ni kami pergi outing kat Jb premium outlet
orang singapore ja yg ramai
kaum cina lah kan
lagipon mungkin pertukaran wang asing ringgit lagi murah dari nilai sing dolar
berbaloi-baloi yea korang dari malaysia
chaitttt

kat sini barang2 jenis branded
bonia..adidas..nike..broks.armani.CK.royal selangor..levi's.bodyshop.oroton.dll
aku jalan2 jer pon
nak beli pon pikir 10kali
harga handbag berpinar-pinar biji mata tengokk..
sob sob sob

amoi tu sempat jeling batrisyia
batrisyia pon membalas ngn jelingan tajam
(^____^)

yang wat spoil
sini bukan macam shoping kompleks yg ada air cond bagaiiii
kat luar mmg panas
dia macam direct kedai
ayah tolong lap peluh batrisyia

air liur batrisyia smakin banyak meleleh
knapa yerrr???
huuu
ummi perasan rambut ummi makin banyak gugur
kang botak ciinnnnn kepala ummi
sob sob sob

try masuk butik bonia ni
mak aiii hargaaa
tak sanggup makcik nak bayorrrr

sini banyak sale
tapi aku rase tak lah menarik hati nak beli
mahal pon sama
(^___________^)

cantik tak baju ni??
ermmm..hubby beli satu
jadilah kan..


wat ultraman plak darkk tecit ni
silau yea sayang...

singgah pizza hut jap
lapoooo

aku jarang makan pizza ni
ni first time kot kami somi istri pergi sini
dlu time bujang ade lah gak makan
bukan ape...
tekak kami berdua ni suka masakan kampung
kalu bg spageti ka..macaroni ka.kfc ka...n sume cap barat
confirm kami tak makan / kurang makan
kfc pon boleh dikira
jadi muak makan ayam ni
hahahah


sup ni aku sorang ja makan
tapi separuh ja abis
hubby lagi terbaekkkkk
tak sentuh langsung sup ni
cisssssss
lupa bungkus bagi ayam itik hirup
(^_____________^)

aiskrim
blelah...


taklah sedap sangat
hahahaha
len kali confirm kami somi istri tak mooo makan dah
(^__________^)


Sabtu, 3 Mac 2012

BMI aKu...hee

aku kecik ja orangnya
tak tinggi mana pon
(^__^)

tinggi aku 153cm ajooo..hii
berat aku 50kg

mari kita kira BMI aku

Berat
________

tinggi X tinggi (m)

50kg
_________

1.53 X 1.53



=21.4

Tahap BMI yg sihat adalah antara 18.5 - 23.

BMI aku adalah normal
tapi aku rase macam tak selesa
nak kurus lagi
chayok2...

smga aku dapat berat 47kg kembali
kena berusaha..
aku perasan sejak kawin suka makan malam berat tak moo kmbali pada yg asal 47kg

(^_____^)



Jumaat, 2 Mac 2012

2 ProDuK BaNyaKkaN SuSu iBu..

ummi mmg peminat tegar susu ibu
sebab ummi tahu khasiat susu ibu yang begitu ajaib..
sebab tu walau pon banyak cabaran penyusuan batrisyia
ummi tak pernah menyerah kalah

insyaallah..bagi yg tak berpeluang mnyusukan anak
tekadkan dlm hati untuk anak yg seterusnya
wajib memberi susu ibu
at least 6bulan pertama

kelebihan susu ibu:

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak


ummi suruh ayah beli
amik kawwwwww
700biji ayah beli
yang botol besar..dulu ummi beli yg 330bji
tahan dekat 5bulan
ummi makan tak tentu..kadang makan banyak
kadang makan sikit

kalu dah 700 biji
sehari ummi makan 2bji
tahan dekat setahum
berbaloi kan???
harga baru RM70+

ni pon killer produk nak banyak kan susu ibu gak
ESP soya
mmg sedap
sehari ummi minum 2 sudu
pagi n malam
yang ni tahan dekat 2bulan
harga rm121
ummi bukan ahli produk shaklee
ni pon pnjam no ahli kawan
heheheh
murah rezeki dia yerrr..

2 produk ni ummi tak tinggal lagi
sbb mmg berkesan menambah susu ibu

tengoklah
anak ummi dah 4bulan 10hari
timbang kat klinik dah 7kg
alhamdulillah
semakin sihat

banyak kelebihan susu ibu ni
terutama dalam melangsingkan badan ibu selepas mengandung...
berat ummi sekarang 50kg
masa last pregnant 61kg..
target ummi nak capai berat 47kg..
brat zaman bujang dlu..heeee

batrisyia mmg rapat ngn ummi
bila batrisyia menyusu ngn ummi
ummi akan amik masa berbual dan pegang tangan batrisyia..
sbb tu kat umah pengasuh pon
kalu ummi datang..batrisyia tengah tido
ummi panggil batrisyia akan terus buka mata
sambil tersenyum2

tapi kalu ayah amik batrisyia..
batrisyia akan pjam mata kuat2
sian ayah

begitu hebatkan kuasa mnyusukan anak
sampai kadang kala ayah jeles ngn ummi
huhuhu

SaMsuNg..

'terbeli' samsung ace

'terbeli' gak camera samsung ES80

semuanya sbb nak amik gmbar batrisyia
(^___________^)

Khamis, 1 Mac 2012

TaMaN BuaYa MeLaKa

sebenarnya aku tengah stres ni
stres sbb dah 4 kali sabtu asyik pergi sekolah gak..
tak sbar tunggu cuti sekolah minggu depan..

takpelah
sumber rezeki aku
tak baik merungut wooooo
mueheheheh

alkisahnya aku cadang pas sekolah ari sabtu minggu lepas nak pergi johor premium outlet
nak shoping handbag ngn kasut
tapi entah macam mane aku cakap aku malas
so hubby ajak pergi taman buaya kat melaka
aku cakap alang2 dah pergi melaka baik tidor seremban semalam
lagi pon my father in law tak sihat sangat
so bungkus baju n gerak dalak pukul 3lebih...

so sampai kat melaka dalam pukul 5.00pm
 layan jelah boyer
aku ni bkn ape sajer nk release tension
hari2 mngadap sekolah
 masa ni baru aku sedar
yg aku perlukan stroller untuk budak bam bam ni
lenguk makcik macam ni
(^_______^)
 eeeeeiiii
makcik tak takut pon ngn gigi tuwww
 aku ralat gak
bagi budak kecik ni pakai jeans
kalu tau panas mesti aku bagi pakai baju cekci ajo
berpeluh anak ummi ni
tapi aku rasa ayah dia lagi berpeluh kot
mueheheheh
 bergambar ngn abah yg tak sihat
semoga cepat sembuh yea abah...
nanti kami balik lagi


***dah lama tak wat entry baru sbb aku gewammm
nk post kat fb kelua link  ja..gmbar takder...
ni aku tawakal jer...
k..nk kemas brg
nk balik sekolah amik anak..
yahooooooooooooooooooo!!!!!