Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
- Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Bila Perlu ke Hospital??
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
Antaranya tanda-tanda nak melahirkan ialah:
1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)
1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)
- Ini mengenai proses di mana anak akan bergerak turun ke bahagian pelvis.
- Kita panggil proses ni sebagai 'lightening'.
- Biasanya ia berlaku beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin.
- Masa ni ibu-ibu akan lebih kerap rasa nak kencing sebab uterus kerap menekan pundi kencing.
2.Pengeluaran lendir atau mukus
- Ini berlaku apabila serviks mula nak terbuka.
- Mukus atau lendir yang dikeluarkan akan keluar melalui vagina.
- Warna lendir tu ada yang pink, ada yang tak berwarna dan ada yang seakan-akan darah.
- Waktu ni anda mungkin dijangka bersalin lebih kurang lagi 1 minggu atau 2 minggu.
3.Contractions ( Kontraksi)
- Sewaktu contractions, abdomen atau perut si ibu akan mengeras..
- Di antara selang masa contractions berlaku, uterus akan relax dan abdomen akan lembut..
- Tapi contraction ni berbeza dari satu wanita dengan wanita yang lain.
- Dan juga berbeza pada kelahiran yang berbeza..
- Melahirkan anak pertama tak akan sama dengan melahirkan anak kedua dan seterusnya..
- Biasanya contractions ni akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada belakang dan bawah abdomen di samping tekanan dalam pelvis..
- Contractions ni bergerak macam gelombang dari atas uterus kemudian ke bawah uterus
- Alah..lebih kurang rasa macam senggugut la..tapi rasa sakit lebih sikit laaaa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan