Powered By Blogger

Rabu, 25 Julai 2012

BoNus RaYa SePaRuH GaJi

alhamdulillah
balik sekolah semalam member msg gtau dapat bonus raya
syukur sangat
separuh gaji pon dah sangat memadai..
pasni ble cari baju raya batrisyia lagi
apepon..syukur sangat2 ya Allah
murah rezeki batrisyia
hehehehe

aku copy dari nescafeais

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus raya 2012 setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran bonus penjawat awam 2012 itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus raya dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran bonus itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Najib berkata pemberian bonus raya 2012 dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. – Bernama


Read more: http://www.nescafeais.com/bonus-raya-2012-setengah-bulan-gaji-dibayar-9-ogos-2012/#ixzz21hhyjcfV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan