tadi aku tengok tv ada sentuh pasal tanggungjawab anak pada ibu bapa...
yealah..masa kecik diorang boleh jaga kita sebaik mungkin
segala keperluan disediakan
bila berjaya tak kan nak lupakan mak ayah kita
betul tak??
setakat ni alhamdulillah
aku tak pernah sekalipun terlupa untuk menghulurkan duit belanja pada mak ayah aku kat kampung setiap bulan..
agak2 korang..
kita nak makan sedap2 kita pikir tak mak ayah kita makan apa??
aku wat entry ni nak menyedarkan sahabat2 yg lain
yg mungkin terlupa tanggungjawab kita sebagai anak
walau kita tak dapat bagi banyak duit belanja
bagi rm50 pon cukup kan
call tanya khabar..
sihat ke mak ayah kita tu..
pengalaman yg dapat aku rasa bila aku selalu hulurkan wang belanja..selalu call mak ayah aku
rezeki aku tak pernah putus..
kadang lagi bertambah
keberkatan rezeki tu
aku memang nampak
aku kerja makan gaji
kalu tak pandai budget betul2
susah nak tunggu hujung bulan
zakat jangan lupa bayar pulakkk
hehehe
sepanjang aku kerja ni
mak ayah tak pernah mintak duit gaji aku sesen pon...
tapi sebagai anak
aku tak tergamak nak makan duit gaji tu sorang2
susah payah mak ayah aku anta masuk 'u'
susah payah nak besarkan kami 6 adik beradik
dulu masa susah dipandang hina oleh orang lain..
kini giliran aku pulakk jaga mereka..
tapi syukurlah
pengorbanan mak ayah aku tu
dapat gak durian runtuh felda bagi
sorang 5K..alhamdulillah
murah rezeki mak ayah aku...
wahai teman2 ku sekalian..
jika hari ini kita menjaga mak ayah kita dengan baik
suatu hari nanti anak2 kita pon akan jaga kita dgn baik
tapi kalu hari ini kita melukai hati mak ayah kita
kita berkira nak bagi wang belanja
kita kedekut kredit nak telefon mak ayah kita
kita akan merasa perkara yg sama suatu hari nanti
tanpa mak ayah kita
siapalah kita ni..
marilah kita menjaga dan menyayangi ibu dan ayah yg telah bersusah payah membesarka kita...
aminnn