Powered By Blogger

Sabtu, 31 Disember 2011

Bye 2011...WeLcOMe 2012...

syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi
aku masih bernafas di muka bumi ini..
tahun 2012 telah mnjelma
bermakna umur aku juga kian meningkat...

dedicated to my beloved husband...
Md Yusri...
masuk tahun 2012 ni..
bermakna tanggungjawab kita kian bertambah
dgn hadirnya puteri kita
nur qistina batrisyia..
 dialah penyeri hidup kita..

tahun 2011 bermacam2 suka dan duka telah kita tempuhi..
berat mata yg memandang..berat lagi bahu yg memikul..
saat kita diuji dan teruji
kita masih ader Tuhan
Allah yang merencanakan kehidupan kita...

terima kasih atas semuanya...
semoga Allah merahmati dan meredhai kehidupan kita..

tiada yg tenang melainkan mnjadi isteri yg solehah untukmu
itu azamku...
ampunkan segala dosaku jika pernah menyakiti hati abg..
alhamdulillah
dengan kehadiran puteri kita
banyak rezeki yg Allah beri dalam kita tak sedar..
tidak kira kewangan mahupun benda lain..
telah termaktub dengan lahirnya seorg anak..
terdapat rezeki yg Allah bentangkan..
begitu hebat kuasa allah..
siapalah kita untuk menidakkannya..

kepada yg telah menganiaya kehidupanku..
Allah itu tetap ader disisiku..
seperti mana hatiku terluka
kau juga akan merasai detiknya..
semoga kau tahu bahawa Allah itu adil...


terima kasih ya Allah
alhamdulillah...

ya Allah..
terima kasih kerana memberi peluang untuk aku menjadi seorang isteri dan ibu
telah lengkap hidupku ini
semoga KAU memberikan aku kekuatan
untuk terus menjadi anak, isteri serta ibu yg terbaik..
ampunkan segala dosa2ku
aku hanya hambaMu yg lemah...

Khamis, 29 Disember 2011

CaBaraN PenYuSuaN BatriSyia..part 1

sorilah lambat updet blog pasal penyusuan susu ibu ni...
kekangan masa..yang boleh aku buka kejap2 fb ni sebab my baby dah tidor..
terima kasih buaian elektrik
mmg membantu aku
kalu tak..kena enjut buaian ja..kalu berenti..my baby bangun..

ok...back the topik..
ni my baby dah 2 bulan lebih..
nyawa ummi n ayah
pengikat kasih sayang kami..hee
pagi2 lagi dok kat buaian ngn opah
ok...
aku memulakan pengembaraan bersama sejuta harapan
bersama doa dan sokongan suami tercinta
yang mahu aku menyusukan anak kami ngn susu ibu..

aku terlambat sikit tentang pengetahuan penyusuan susu ibu ni
bukan lembab tau...hahha

org lain dalam pantang dah wat stok susu ibu dalam freezer
aku dah nak habis pantang baru aku sedar
tu pon mak aku suruh ajar minum susu formula
takut nanti anak aku lapar time aku kerja

aku pun call hubby nak beli susu formula jenama ape
sebb hubby kat jhor..aku masih pantang di perak..
macam lah hubby aku tau susu ape nak bagi..heeeee
jawapan yg hubby berikan...
'janganlah sayang..bagi susu ibu..abg akan support n tolong ayg..sian kat anak kita..
aku????
burrrrrrrrrrrrr
bla bla bla bla hubby bagi ceramah

aku pun terpikir
kalu hubby dah cakap macam tu
bersama fakta2 nya..
mmg ader benarnya
susu ibu the best

so..untuk menggalakkan aku memberikan susu pada baby tersayang
hubby sponsor pam susu
hahahaha


jenama medela
tapi manual punya
tapi pam ni mmg best
sbb dia tak sakit
suction mcm bby yg mnyusu..
tu kotak dah kemik skit
posmen bgi kemik
kemik kotak takpe..jgn kemik barang dalam tu
ngeh ngeh ngeh

mula2 aku eksaited giler
try guna pam ni..
tapi sgt sedikit susu keluar
hnya beberapa titik

susu aku banyak tapi nape tak boleh penuh botol???
down gila...
ilmu cetek lagi ni
hahahaha

tapi alhamdulillah..rupa2nya ader kawan upm aku nani yg sama2 memperjuangkan penyususan susu ini
dengan dialah aku banyak bertanya
terima ksih banyak2 nani
sampai sekarang aku still bertanya dgn beliau

dia ckp jgn down
dia suruh aku pam juga susu
pam setiap 3jam sekali
minum air banyak
sehari aku minum 3liter wehhhh
kembung perut
heeeeee
suplemen shaklee tu makan
dgn berkat kesabaran aku..dari 1oz aku dh berjaya sampai 3oz..
alhamdulillah rezeki my baby

pernah masa aku down aku call hubby
nak juga beli susu formula
cakap susu takder
naifnya aku time tu
rupa2nya susu ni dia umpama supply n demand
lagi banyak permintaan..lagi banyak susu terhasil
wat masa ni my baby minum 2oz - 2.5oz
kalu lebih pada tu dia akan muak

bila dah besar skit nanti baru susu akan bertambah

pastu perangai baru datang lagi
call hubby;
'abg, ayg lenguh pam manual..nak tercabut tgn..kita beli elektrik plak..hahahaha

sian hubby..terpaksa lah demand skit
hubby dah jnji nak cari pam tu kat jb
kat sini aku dah cari
tapi aku tak berkenan
bukan sebab harga..tapi biarlah berkualiti dan tidak menyakitkan

tapi kali ni kena share lah
pam elektrik bukan murah
heeee




Rabu, 28 Disember 2011

MaCaM-MaCam Ada..

semakin dekat semakin sedih plak rasenya...
rase macam baru jer lagi aku bercuti bersalin...
minggu depan hubby dah nak datang amik aku ngn baby...
aku amik cuti 3bulan..
so 18hb jan 2012 baru aku keja balik...
tapi kalu aku dok postpond lagi..
sian pulak ngn hubby...
hari2 tepon rindu anak...
tipulah kalu aku cakap dok kg tak ingat hubby langsung...
rindu sangat..
kadang terpikir apakah yg dia wat time cuti2..
yealah..
kalu ader aku...
aku tolong isikan masa cuti hubby dengan bawa aku jalan2 ngn shoping ngn pi cari makan2..sb aku suka makan..
boleh gituwww???
hahahaha

rindu anak pon bkn dapat cakap ngn anak
ngn aku gak hubby cakap
hari2 tanya anak anak anak
buah hati dia nie letak nombor 2

ooooo...takpe takpe...
mkan megie jalah pasni yea abang...
wakakaka

kan best kalu dok dekat dengan kampung aku
boleh balik selalu
ni kat selatan..
jauh bebenor...
skit lagi nak tembus singapore
hahahaha

aishhhhhhhhhhhhhh
boleh tak saya nak gaji tapi tak mau keja PM najib???
hehehehe
konpem aku kena resign...heee

bila baby dah 2 bulan ni
aku bawalah dia shoping barang2 dia
hentam nya dia mengamuk
sedap nya dia nyanyi...
terkedek2 aku bawa dia masuk kereta...
ni pergi beli ngn family aku lah..

ader anak kecik ni
memang kena pandai merancang kewangan..
nanti kalu korang ader anak...atau mmg dah ader anak..
memang akan rase
dulu duit aku..shoping barang2 aku
duit hubby bagi pon aku shoping barang aku gak
walau dua2 keja pon
tetap kena merancang...
especially untuk pendidikan anak2 nanti...
hope...tahun baru akan lebih memberi sinar bahagia pada kami sekeluarga..aminnnn

Isnin, 26 Disember 2011

ReVeRsE EskaYviE..

lamanya tak updet blog
kesibukan melanda
tambah anak dara ku ini dah pandai wat show nyanyi.......
bila dia nyanyi
ummi dia pon tak sempat rehat

last-last aku pergi beli buaian elektrik
tidor lena anak dara ku
tangan ku pon dah takder muscle nak enjut buaian
lenguh tau enjut anak daraku ini
dah 5.1kg 2bulan ni
bagi susu badan jer
alhamdulillah..sihat..

aishhhhhhhhhhhh
lari topik deeeee
aku baru try ini suplemen
penangan tengok mak sedara aku yang semakin cun melecun
walau umur 35+
muka awet muda
badan pon ramping..heee
dia makan dah lama
aku jer baru terkedek-kedek
biarlah terkedek-kedek
janji aku makan juga
hahahaha

 sila baca infonya ini:
produk ni daripada doktor
tu aku berani beli
dari Dr Syid Ayob Syid Mustafa
dalam majalah pon banyak pasal produk eskayvie ni...
juga boleh lawati facebook
lina kadir
aku amik info nie daripada blog beliau
heeee

ader 60biji kapsul
sehari makan 2bji
kecuali period jgn makan yea..


aku pon baru nak try redianze
mahal skit tapi aku rase hadiah untuk diri sendiri..dah penat kerja..
































Isnin, 12 Disember 2011

TeRiMa KaSiH...

nama saya nur qistina batrisyia
sudah berusia 1bulan 23hari..
walaupon blum mndi
tpi ummi sya pakaikan bunga besar ini
wowwwwwwwwwwww
hahaha
di kesempatan ini saya nk ucapkan jutaan terima kasih ats hadiah2 semua ini
heee
kesian saya dibuli oleh ummi saya
nanti saya report ngn ayah saya
heee

ini hadiah dari uncle taufik ngn isteri
warna pink lgi

ini bju saya dari jiran opah saya
opah DAH
pon pink lgi

ini bunga besar dari auntie baidura ngn suami
datang dari sarawak lgi

ini bju tidor maklang zura n paklang izwan yg bagi

ini dari uncle taufik ngn isteri lgi
pink lagi
haha

kasut comel ni dari auntie norismaliza n suami
ni kwn ummi masa mngjar kat dato seri
pink lgi
saya kan gugirl
haha

set tupperware ni dri kwn baik ummi sya msa mngjr di dato seri
dari auntie sarizan dan suami
banyak tuuperware boleh isi biskut saya nanti

bju cekci ni dari kwn opah saya
dari opah DAH ZUL
auwww
terbuka aurat saya


bju ini pon dari opah DAH ZUL juga

baju comel ni dari auntie baidura ngn suami
pink lgi

ni dari auntie harizan
comel..
pink lgi..


ni dari auntie una
pon pink lgi
heeee

terima kasih pada semua
saya sayang semua

kwn2 ummi terutamanya azza n suami,,hana,,,syidah..azliana...n kwn2 opah n atuk
terima kasih atas semua pemberian hdiah ni
ummi sya ckp bju byk sgt
tak pyah bli lgi....


Ahad, 11 Disember 2011

BaYi 6 BuLaN Ke BaWah TiDaK PerLu AiR TaMbaHaN!


Telah ditakrifkan bahawa penyusuan bayi secara eksklusif selama 6 bulan adalah pemberian SUSU IBU SAHAJA.
Tahukah anda bahawa bayi yang menyusu secara eksklusif tidak memerlukan tambahan air lain termasuk air masak atau air kosong, glukosa, jus, air teh, kopi dan sebagainya ?
Pemberian air kepada bayi boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi kerana:
  1. Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
  2. Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
  3. Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
  4. Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air”  atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.
Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.

KeLeBiHan SuSu IBu


Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…
  1. sentiasa segar (fresh)
  2. tersedia dalam suhu yang optimum
  3. tersedia steril
  4. tiada pencemaran
  5. tersedia bila-bila masa
  6. tiada tarikh luput
  7. species-specific
  8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
  9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
  10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
  11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
  12. mengandungi antibodi
  13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
  14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
  15. mudah hadam
  16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
  17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
  18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
  19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
  20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

PeNyiMpaNaN SuSu Ibu

susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)
Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Sumber: Le Leche League