Powered By Blogger

Khamis, 23 Februari 2012

MenYeSaL TaK SuDaH..

aku mmg menyesal tak sudah..
walau kadangkala nampak remeh..
tapi bagi kesan kat my princess

haisssshhh
apelah yg aku mnyesal sgt ni kan..
very regret coz change disposable my baby diapers..

alkisahnya aku pengguna setia diapers ni
jenis pet pet
masa batrisyia baru lahir
aku bli jenis newborn drypers
then masa kelua hospital sultanah aminah
diorang kasi gift
dalm beg tu ader pet pet..ader produk baby johnson n produk dettol
so..bila guna pet pet ni
aku rase sangat sesuai
kering walau lama pakai..

drypers aku guna sekali tu jalah
bila dah serasi ngn pet pet sampai sekarang aku setia
tapi one day aku sajer pergi beli brand lain
murah sikit lah
tak sampai seminggu
batrisyia punya bontot dah naik ruam
adoiiii
menyesal tak sudah
tapi tak boleh inform kat sini
nanti aku kena saman
muehehehe



aku terus ajak hubby pergi giant
beli pet pet
giant mahal..tapi sebab dekat sikit dari mydin..so aku pergi beli kat giant ja..
selalu aku beli kat mydin just rm33.90 for 80kping
kalu giant 80keping harga rm41.90 kot
kat giant jugak tapi 52keping harga rm30+ kot
aku amik yg kecik..
so semalam pergi mydin
aku terus beli 2bungkus terus
beli yg packing 80keping


sekarang ni waktu malam aku pakaikan batrisyia mamy poko
mamy poko bagi aku antara brand diapers yg dalam kategori mahal
44keping ja
tapi harga aku tak ingat
warna kuning lagi mahal kot

bagusnya mamy poko
aku pakaikan sekeping ja waktu malam
malas nak bangun tukar2 pampers
so..bagi aku ok lah
pet pet pon ok.tapi aku pakaikan time siang jalah.mamy poko more better lah.baik pakaikan waktu malam..
malas bangun lerrr tewwww
(^_________^)




so..nak hilangkan ruam
maka aku beli ubat ni kat guardian
drapolene cream..harga dalam rm13+
so..sekarang ni nampak kesan positif
ruam kat bontot my baby makin kering

so..iam noticed
kalu dah serasi ngn baby
dont change again..

Ahad, 19 Februari 2012

KeSaN ReVerSe n RediAnZe..

sori aku lambat updet pasal kesan makan ini suplemen..
sbenarnya aku nak updet dah lama..
tapi terlupa ajewww...

ok..reverse mmg superb lah..
aku malas nak cakap..
biarlah anda try sendiri..
hiiii
tambah yang dah kawin
mmg macam tutttt
tak payah lah nk cakap banyak kan..
lagipon  suplemen ni pon bagus untuk hormon perempuan
melambatkan kedut2 n penuaan..

aku makan juga redianze..
pon suplemen kolagen
ni pon superb
tanpa bedak..muka tetap berseri
ni asben aku yg tegur dulu..
pastu kwn2 yg perasan kulit aku ni dlu cepat jer naik jerawat
parut cepat cover..
sekarang makin ok..
kulit aku jenis cepat naik jerawat
gila kan jerawat ni
aku dah 27thun pon kdgkala naik jugak..
tapi skrg
boleh tersenyum puas..
alhamdulillah
walau mahal tetap berbaloi..
mueheheheh
redianze ader 20sachet..harga dalam 100+
reverse ader 60kapsul harga bawah 100-
aku gak noticed kulit makin cerah..
banyak perubahan positif
macam reverse ni aku perasan
potongan badan  mmg nampak..
yg kurus takder lah leperr
yg gemok pon still nampak potongan badan
aku perasan lah..

banyak lagi kesan positif..
kalu nak tahu silalah mencuba...
selamat beramal

yg penting niat kena btul
cantik untuk suami
nanti kalu dah cantik
mulalah nak buka aurat sana sini
tu mmg aku tak suka

sebelum dapat berdoa minta sgt2
dah dapat mulalah wat macam2...
jangan sampai nikmat yg Allah bgi Allah tarik balik..
pesanan untuk aku jugak..


Khamis, 16 Februari 2012

RuTiN sEoRaNg iBu..

alhamdulillah..ummi rase macam baru semalam melahirkan batrisyia..
rupanya dah hampir 4bulan batrisyia bersama2 ummi di dunia ini..


terasa bahagia yg sukar digambarkan dengan kata2..
setiap saat terlalu bahagia dengan anugerah yg satu ini...

rutin harian ummi banyak berubah..
tiada lagi masa terbuang..
semuanya ummi isikan dengan sebaik mungkin
sebab jadual kerja ayah bukan mcm orang lain..
ayah kerja 2 hari..cuti 2hari


tambahan ayah bekerja di bahagian siasatan trafik kemalangan..
bukanlah perkara mudah
hari2 ader kemalangan maut..
dok jb ni maut perkara biasa
sedih kan..
nyawa begitu murah ja..
kalu ayah kerja..ayah tak tidur kat umah
hanya balik sekejap bila free..
tapi kalu ayah cuti 2 hari..48jam di rumah
lega banyak
time tu lah nak kelua pergi mana2..
yahooooooo
<_________>

bila ayah kerja..ummi terpaksa berdikari..
penat woooo
muehehehe
semua kerja ummi buat sendiri
time ayah cuti barulah ummi dapat rehat banyak..

seawal 5.45pagi ummi dah bangun
tak lah awal sangat
dulu takder anak
pukul 6 pagi baru bangun
awal 15minit ja dari dulu
hahahaha

pas mandi n solat n bersiap2
ummi angkut batrisyia pergi umah BS dalam 6.30pgi..
umah BS tingkat 11
 ummi tingkat 8
tekan lif ja
heheheh
6.35pagi ummi dah pergi sekolah
awal kan..
kalu kat perak dulu..dekat pukul 7pagi baru pergi sekolah

sekolah tak jauh pon
kalu jalan tak sibuk..
10minit ja dari umah

terpaksa keluar awal
jalan kat sini memanglah sibuk waktu pagi
ni lah perkara yg wat ummi meroyan..
ekekekeke

ummi keja dari pukul 7.20pagi-2.00petang jer
alhamdulillah
ummi dah rase enjoy ngn kerja kat tempat baru ni
baru tak baru pon
dah setahun lebih kat sini
kuikui

kat sekolah ummi akan pam susu at least 3kali..
berat gak pam susu ni
tapi demi anak tercinta
usung jugaklah pam susu tu..

dulu stres gak
sebab masa kat perak dulu keja tak banyak macam kat bandar ni
tapi sekarang
ummi dah boleh adapt n telan semua cabaran ni
walaupon ummi seorg kaunselor
kaunselor berjiwa sensitip
bak kata asben kat aku
hahahaha

pukul 2ptg ummi dah boleh balik
yahooo
sampai ja umah..terus amik batrisyia..
tengok muka anak
hilang penat ummi..
mandi n solat..
main2 ngn batrisyia..

pas maghrib baru ummi tidurkan batrisyia..
tidurlah sampai pagi sok
bangun untuk mnyusu ja..
time ni lah ummi nak iron baju n prepare untuk hari esok..
siapkan beg nak anta pengasuh
siapkan beg kerja ummi
beg kerja ummi cuma berisi pam susu elektrik
ngn air kosong 1.5 liter..
tu lah beg kerja ummi hari2..
muehehehehe

adusss
kenapa begini yaaa???
ummi tak pernah bawa balik kerja dari sekolah
untungnya jadi kaunselor tak payah nak mark buku latihan pelajar
ape kerja pon
ummi siapkan kat sekolah gak
masa kat umah adalah masa untuk family..
tu prinsip ummi
boleh gitewwwww?
ke ko ni pemalas???mueheheheh
(ketawa dalam hati ^_______^)

macam ni lah rutin ummi kalu ayah kerja..
tapi kalu ayah cuti
fuhhhhhhhh
lega..

selalu aku guna ayat ni
'abg..kalu ayg stres..nanti ayg pam susu,,susu tak banyak keluar'...hahahaha...
motip????

aku bukanlah nak takutkan hubby
tapi mmg knyataan
kalu hubby kerja..hasil tenusu aku kurang berbanding kalu hubby ader kat umah..
sb bila dia ader..aku tak penat n boleh rehat banyak..
so..susu pon dapatlah banyak..

hubby nak aku mnyusukan si bam bam kami itewww
so..dia perlu juga berkorban tenaga..
seperti mana aku korbankan tenaga aku

cissss
guna pam elektrik pon penat
tipu lerrr  tewwww
^___^

tittttttttttttttttt

Ahad, 12 Februari 2012

SiaN AnaK Ummi...

di hari cuti ni wajiblah kena memasak
tekak ni dah tak lalu makan luar ajer
ekekeke
nampak sangat aku ni malas masak
bizy women kan
nak pergi sekolah,balik sekolah,amik anak, bsuh baju.lipat baju.kmas umah..bla bla bla
ecececece
macamlah org lain takder anak
bru sowang sudah begini
kalu berderet
confirm cari umah sebelah ayam Kepci
muehehehe

tengah leka memasak
terlupa kat puteri sowang ni
ingat tengok tv
rupanya ader aktiviti baru..

sedang enak tertidur sambil hisap jari
nepkin tu lap air liur yg banyak
dok meleleh ajoo
pasai pa??
pasai tak sempat pekena laksa opah
jenuh ayah cari laksa
tapi laksa opah gak ummi nak
sabor jalah
sian tengok batrisyia
ekekeke


kasi zooom skit
haaaa....nti batrisyia dah besor
peminat mu boleh ajo google kat tenet pasal kisah mu kecik2
muehehehhe


sambil hisap jari
jari yg lain macam nak kipas jer
sabor jelah..
sian anak ummi..
lapar n mengantuk
tapi tak nak menangis
sudahnya
tertidor sambil menghisap jari
sayang anak ummi ni
hilang penat memasak n mengemas umah tengok keletah batrisyia
hari ni ayah keja
tinggalkan kita ajo ngn pakcik daus..






Jumaat, 3 Februari 2012

PiL KaLsiUm..OsTeMatRik ShAkLee

alhamdulillah..rezeki susu for my baby semakin murah
dengan pengambilan vitamin yg konsisten..
jadual perahan susu yg jarang skip..kalu skip
aku akan pastikan akan wat power pumping..
aku ader stok susu EBM lebih kurang 200oz lebih..
alhamdulillah..

Stok EBM ni penting,,
kalu aku sakit..aku kena outstation..
maka susu EBM ni yg aku akan gunakan..

macam aku kerja kat sekolah dari 7.30pg - 2.00petang
so kat sekolah aku akan pastikan aku dapat pam lebih dari 10oz..
sebab sehari batrisyia minum dalam 15oz

dulu hasil susu sangatlah kurang
tapi aku percaya demand n supply
lagi banyak permintaan susu..lagi banyak susu terhasil
jangan skip jadual pam

aku sebenanrnya jeles ngn mommies yg tak kerja
dapat direct bf terus kan..
tapi aku juga percaya
aku boleh buat
anak aku..aku akan bf sampai 2tahun
insyaallah..selagi susu ni ader..maka aku akan berusaha sehabis baik..

sebelum ni aku just amik Set B dengan ESP sahaja
tapi baru2 ni
aku baca info
yg kalsium ni sangat penting untuk semua org
especially ibu yang mnyusukan anak macam aku..

10 Kebaikan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.



so kalu tak nak muda2 gigi takder n sebagainya..silalah jangan abaikan pengambilan suplemen kalsium or minum susu
macam aku
lebih suka telan pil daripada minum susu
mueheheheh

ader 120biji dengan harga yang mampu dimiliki
aku makan 2biji sebelum tidor
kesan dia
aku dah tak sakit-sakit sendi n belakang
pagi2 aku lebih cergas
takder lagi tidur selepas subuh
selamat menyihatkan kesihatan badan anda

* walaupon kita menyusu badan..jangan abaikan kebersihan diri..yealah..sibuk jaga anak sampai comot2..sian kat husband kita tengok...
peace!!