Powered By Blogger

Sabtu, 22 Jun 2013

UbaT GuNa - GuNa

hari ni mood nak buat entry datang
mcam biskut lak kan..hehehe

Tajuk pon dah suspen kan..
ubat guna-guna..
tapi aku dgn suami tetap guna kan juga
untuk melembutkan hati suami isteri

Ehhhh
tapi dengar dulu
kang kata aku syirik lakkk
huhuhu

Sebenarnya dah lama aku nak sharing pasal benda ni
dah lama aku dengar pasal ni
aku pon sekadar suka2 ja wat
tapi nampak keberkesanannya

setiap kali aku masak atau buat air
aku bacakan Ya Latif, Ya Latif berulang-ulang kali
baca Ya Rahim, Ya Rahim berulang kali juga
aku juga baca kat ubun-ubun anak

Aku perasan sejak rajin mengamalkan sebut asmaul-husna ni
nampak kasih sayang suami isteri makin bertambah
anak plak makin manja
bergaduh tu normal lah kan
sedangkan lidah pon tergigit
ini kan perkahwinan
tapi bila bergaduh hati akan lebih cepat reda n berbaik kembali
selalu aku lah yg suka cari pasal
hekhekhek

suami pon macam aku juga
kalu dia wat air kat aku
dia pon mengamalkan Ya Latif..
Ya Latif tu kan bermaksud Maha Lembut

insyaAllah
hati kita lebih lembut dengan pasangan
tapi paling penting kena jaga solat lah
solat lah kekuatan rumahtangga kita
doakan yg terbaik untuk diri, suami, anak2 dan keluarga
kita hanya manusia biasa
namun kita perlu berusaha menjadi manusia luar biasa
biasakan wat sesuatu perkara kerana Allah
mulakan dgn bismillah
insyaAllah..kehidupan kita lebih bermakna
selamat berzikir semua
(* v *)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan