musim crepe durian kan sekarang ni
tak terkecuali aku yang hantu durian ni
hantu keww
ehh..kira spesis suka makan durian lah
feveret aku tuh..
ni aku copy paste dari blog: takder edit pon ayat beliau..hehehe
so aku nak wat ni pon berpandukan resepi beliau
harap menjadilah crepe durian aku nanti
BAHAN2 :
Watak utama ialah : Durian.. ambik isi dia je.. biji dia buang.. kecualilah korang nak crepe tu inti dia biji durian.. kahkahkah..
Aku beli durian yg dah di pack siap2 kat giant tu je.. malas nak beli sebiji.. tu pun masa bawak balik umah aku sorok dlm peti ais pastu tindih atasnya dgn mcm2 brg sbb takmo encik suami dgn anak aku si ica dan ain nampak.. apis tak heran sgt..
Kang kalau diorang nampak durian ni mau di beduknya sampai abis, kalau abis camne aku nak buat crepe durian.. hahhaha.. buruk betul perangai .. kahkahkah..
50 gram tepung gandum..
1 penutup esen vanilla..
pewarna kuning ( ni terpulang kat korang nak warna apapun )
1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor.. basuh dulu..
3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan.. aku cairkan guna mikrowave..
160 ml air
40 ml susu cair.. aku guna susu fresh milk je
2 sudu besar gula halus..
Aku guna gula kastor je.. sbbnya masa aku carik gula halus tak jumpa lak.. aku lempang gak gula ni kang, time nak guna time tulah ko nak menghilangkan diri..
Tu je bahan2nya.. mudah kan..?? okey, meh kita tengok cara penyediaannya.. baca dan pahamkan betul2.. tak paham pun sila buat2 paham..
CARA MEMBUATNYA :
Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td..
Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.. jgn tuang kat mulut korang lak.. hahahha
Kacau sebati dgn menggunakan whisker..
Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati..
Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..
Masukkan pula air.. kacau lagi..
Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..
Masukkan lak pewarna.. sukati korang le nak taruk kaler apa..
Adunan yg dah sebati..
Last step, sila tapiskan adunan tersebut..
Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.. kalau buat saiz besar2 sgt opkos la dapat sikit je..
JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :
Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..
Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..
Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..
Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..
Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas ..
Tu cara aku la kan.. aku tak berani angkat guna sudip sbb takut koyak.. aku just angkat kuali tu, telangkupkan atas pinggan.. siapp..
Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. Pi sambung masak lagi sampai adunan abis..
Ohye, di sebabkan aku risau crepe yg dah di masak tu melekat satu sama lain kalau di susun berlapis2, makanya aku buat mcm di atas.. setiap yg dah di masak aku letak dlm bekas/pinggan yg berlainan..
Hambik kauuuu.. banyak la yg nak di basuh pastu.. huhuhu.. tapi takpe, cara mcm ni lebih selamat sebenarnya tau.. biarkan la diorang seketika.. meh kita buat inti dia lak..
BAHAN INTI :
Resepi asal menggunakan 150 ml fresh cream..
Tapi di sebabkan fresh cream aku takde, makanya aku gantikan whipping krim mcm dlm gmbr di atas.. whipping krim ni dah manis tau, so takyah nak tambah gula bagai..
Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.. siappp..
CARA MENGGULUNG CREPE :
Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian..
Lapiskan semula dgn krim.. takyah banyak2, kang pyh nak balut..
Pastu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati2.. kulit crepe tau bkn kulit korang..
Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. paham kan..?? jgn tekan2 inti tu tau.. tampo kang tgn tu
Kemudian terbalikkan.. dan ni hasilnya.. hehehehe..
Ni antara yg berjaya di siapkan..
Ni lak bahagian keratan rentas selepas di potong dua.. keratan rentas la sangatkan kannn.. ekekekeke..
Nak lagi comel korang masukkan dlm papercup size besar.. dah siap sila sejukkan dlm peti ais.. bkn pembeku tau.. sejukkan semalam.. baru sedap di makan.. phewitttt..