Powered By Blogger

Selasa, 4 Oktober 2011

TiReD..

sekarang ni kat sekolah bz skit
almaklumlah sekarang budak tgah PMR...
so aku plak kna edit jadual aktiviti pas PMR
pelaksanaannya minggu depan
tambah partner lama aku dah pindah 2 mnggu yg lalu
so aku banyak amik alih tugas yang kadangkala aku stres gak dibuatnya
nasiblah kaunselor baru ni banyak membantu

penat gak
ngn perot semakin memboyot
mujurlah aku ader ambil suplemen tambahan
so..penat tu tak rase sangat
boleh dikatakan lebih 10 kali aku naik turun tangga dari bilik aku ke tingkat bawah setiap hari
so..aku anggap ni satu exercise yang mnyihatkan untuk ibu mengandung
duduk sajer pon tak elok gak kan
heeeee

citer pasal suplemen tu
aku rase sangat membantu
rugi aku tak makan dari awal
kalu tak,,takder lah aku mabuk n tak bermaya dalam tempoh yg lama
apepon aku bersyukur sebab tahap kesihatan aku semakin baik
aku cuma makan vitalea(multivitamin)..vit C ngn Vit B Kompleks brand shaklee
sebelum ni ader entry aku dah citer pasal produk ni
mmg berkesan
serius
aku semakin aktif wat kerja
trun tangga bkn masalah aku lagi
kalu tak semput ja
heee

cuma pas bersalin nanti aku kena tambahkan ngn vitamin alfalfa
vitamin ni nak menambah susu badan n bagus untuk pompuan
tapi 3 suplemen tadi still aku akan amik
sebab kesan sangat positif
kalu tidor pon mmg lena
at least badan dapat rehat yang cukup
kalu dok terjaga ja
mmg kita akan rase something ngn badan kita
so..bagi yang nak suplemen yg bgi tenaga
bolehlah makan macam aku makan ni
promote lak
huuuu

tapi aku rase tak rugi kalu sesape nak mencubanya
huuuu
dah 36 minggu aku sekarang ni
so aku dah standby ape2 yg patut
risau gak kan

 aku ingat nak updet pasal barang baby
tapi sayangnya barang2 tu dalam bonet kereta
so..aku malas nak angkut bawa naik atas
lain kali lah baru dapat updet brg bby...
huhu
aku ader bli kelambu bby
amik warna biru
nak amik pink risau baby boy
sebab scan baru2 ni..anak aku menyorok
sooo...
sampai sekarang ni..
aku ngn hubby decide biarlah menjadi suprise untuk kami
mungkin anak aku ni nak wat kejutan kot
pandai kecik2 dah ajak ummi dia main nyorok-nyorok
heeee

ermmmm...
aku sebenarnya tak tahu pon ader pad untuk bersalin
yealah...aku pon bkn jnis amik port sangat
baru beberapa hari ni baru aku teringat

rupanya pad bersalin ni lain
aku ingat jnis pad biasa
huhu
so..aku pon ajak asben beli maternity pad
brand pureen
tu jer yang aku nampak
dalam tu ader 20 pad
harga dalam RM12 ++
kesian aku..kalu lah aku tak beli awal
mesti terkial2 asben aku nak pergi cari
dahlah dia pon tak pernah tengok
hahaha

tak sabar tunggu orang baru ni
at least dapatlah jadi kawan berbual aku time asben kerja
nama anakpon asben aku yg pilih
gigih aku tengok dia menyalin makna2 nama anak
cuma baby girl aku yg nama kan
baru fair kan
hahaha

asben ikut ja..jnji ader makna yg baik kan
ok lah..jmpa lagi di lain entry...


Ahad, 2 Oktober 2011

aRini DaH 3 OktoBeR...

arini aku ader program pas rehat
sok kan dah start PMR
so arini ader majlis restu pelajar ngn guru..
hopefully pelajar dapat wat yang terbaik dlm exam
 
tgal baper minggu lagi aku nak bersalin
menghitung hari
ni dah msuk 36mnggu
teruja menanti orang baru
tak tahulah orang lain macam maner
tapi bagi aku ia adalah moment yg terindah
walau pon sepanjang pregnant ni mcm2 yg aku lalui
sampai skrg still muntah
tapi tak seteruk dulu lah


apepon
alhamdulillah yg teramat sgt
sb aku diberi peluang untuk jadi seorang ibu
sekarang baby aku semakin aktif
tak sabar nak tgok dunia yea sayang..
apepon..tgulah ayah anta ummi balik perak dlu tau
sayang bby sgt2


ermmm...
nanti free aku update lagi
sbb sekarang ni nk handle program
jmpa lagi di entry yg lain
aku nak hupdet pasal barang baby lgi..heee
 


 



Jumaat, 30 September 2011

35 MinGGu ++...

sekarang ni dah masuk 35minggu
rase kejap jer masa berlalu
tapi bagus jugak
tak sabar nak balik kampung kat perak
heee
sabar yea baby
tunggu ayah anta ummi balik perak dulu
baru keluar tau
hehehe

harap2 Allah permudahkan perjalanan aku
aku planing nak balik berpantang kat perak
anak sulung kan
aku memang takder pengalaman lagi
sume persiapan sudah aku siapkan
barang2 baby ngn barang aku
sume dah masuk beg kecik
in case bersalin awal pon
beg aku dah prepare termasuk GL


sejak dah masuk 35minggu ni
aku dah perasan kaki aku dah mula bengkak
bengkak comel2 gitu
ingat kaki aku tak bengkak
bajet diri ni steady lah
tapi kalu dah nama cikgu
confirm berjalan banyak
tu belum kira naik turun tangga lagi

so..time pregnant ni aku memang wat exercise juga
hahahaha

Masalah bengkak kaki sewaktu hamil sebenarnya adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang sedang mengandung.
Kaki biasanya akan lebih membengkak apabila kandungan telah memasuki trimester ketiga fasa kehamilan

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung.
Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
aku pon sekarang ni kerap minum air kosong. 

. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar..
so,,aku memang selesa tidor mengiring sebelah kiri
so..bagi aku info ni mmg berkesan untuk aku..

cuma sekarang ni
perut cepat jer tegang..
risau jugak...huuuu

Oh yer, seriously, sekarang ni boleh kata setiap hari aku boleh nampak kaki @ siku @ lutut si baby terbonjol. 
Ntah ape aktiviti dia kat dalam tue :)
Wonderful moment, Subhanallah!
sepanjang pregnant ni
orang cakap mesti ader stretch mark kat perut
tapi tak semua orang kot...
ia terjadi sebab
kesan regangan bila perut membesar
tapi alhamdulillah
aku tak mengalaminya
ni aku bli start awal pregnant dulu
takut wehhh
ader stretch mark
tapi pakai pon jarang2
nampak sangat aku ni rajin sapu losyen
hahahah
cap pureen..hega dalam RM30++
150ml jer...
aku beli kat guardian
rasenya banyak lagi brand yang jual
yang penting cari kandungan yang ader cocoa butter
colagen, ngn vitamin E
tak dapat aku bayangkan kalu jadi macam ni
ni aku google jer
adusss...tak cantik dipandang
so..sebelum jadi macam ni kenalah keluarkan duit sikit
beli losyen anti stretch mark
pesanan untuk aku gak
pakai jer losyen tu
membazir beli tapi wat pekasam
heeee
tapi kalu tak silap aku
bio oil pon berkesan
try cari kat farmasi
okey....







Khamis, 29 September 2011

4 In 1 Kat SekOlaH

arini ader 4 in 1 kat sekolah aku
mksudnya 4 program dalam 1 hari
solat hajat bacaan yasin, perasmian rakan surau, jamuan raya dan mjlis penutup bulan kemerdekaan
jimat bajet weh
sekali jalan
aku pon suka sebab kalu nak penat pon
sehari ja
hahahah

awal2 lgi..ibubapa pelajar dah datang
solat hajat untuk budak exam
tapi aku suka sebab hujan pagi tadi
so..tak lah aku berpeluh2 sangat
yealah, sekarang ni pregnant aku cepat panas
berpeluh..sebab tu aku jadi tak suka dok luar
aku suka sejuk2..dlu ok jer
maybe pembawaan budak kot

pas abis solat hajat, bacaan yasin..n tiba lah jamuan raya
aku ni tengah lapar..macam2 ader..besalah kan
dah nama pon jamuan raya..hiiii

kebetulan junior aku ni datang awal, dia mengajar sesi petang..hajar nama dia..aku tgu k.ayu dia tak datang lgi..ni sume member baik aku
merangkap kaunselor sekolah
hajar call aku yg kebetulan mmg tgah tgu kat dewan
soo..time jamuan aderlah partner satu kepala
sama2 kuat makan

aku ngn dia tak makan kat dewan pon
kami amik makanan bawa kat blik knsling
pastu turun lagi
amik lagi makanan
tamak gila
siap tapau lagi makanan balik umah
orang tengah ramai
bukan nmpak pon kalu aku ngn hajar amik makanan banyak kali
hahahaha

pas jamuan ader majlis penutup kmerdekaan
aku ajk bahagian hadiah
tension aku
dahlah atas stage tu panas gila
dari pukul 11-1 aku dok kat situ
rase nak pitam
pinggang aku tok sah cakaplah
sakit gila
aku malas nak bergerak sebab aku tgah kekenyangan
perut lak sudah pasti sakit

Ader cikgu yg prihatin ngn aku suh turun
sbb ksian kat aku yg kepanasan
aku ja tak bergerak
padan muka aku
hahahaha



aku dok kat kerusi tepi hadiah ni
2 jam sampai kebas bontot
tak suka betul

sorilah
tak banyak gmbar aku amik
sebab tengah hot jer
berpeluh2..pakai plak kipas cap tangan kan
lagilah panas

bila lah aku dapat kelua dari sini
rasenya dok kat perak lagi aku hepi kot
d0k sini tekanan kerja wat aku tension ja
takpe...suatu hari nanti aku akan minta tukar jugak
tak sanggup aku dok sini lama2
hubby pon dah faham sangat ngn permintaan aku nan yg satu ini
hahahah

insyaallah..ader rezki aku akan kelua dari sini
bagi aku kat sini pengalaman bekerja kena kutip
supaya aku lebih kental jadi seorang pendidik
baru nama cabaran kerja
yerrr darrkkkk
tapi kat perak,,cabaran banyak pon
aku hepi n enjoy ngn kerja
nasiblah ader partner yg best
kuranglah skit tension aku kat sini

semoga Allah kuatkan hati aku dalam mencari rezeki yg halal
jauhkan lah aku dari sifat yang tidak ikhlas dalam bekerja..aminnnn




TaNda-TaNdA NaK BeRsaLiN

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Antaranya tanda-tanda nak melahirkan ialah:

1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)
  • Ini mengenai proses di mana anak akan bergerak turun ke bahagian pelvis.
  • Kita panggil proses ni sebagai 'lightening'.
  • Biasanya ia berlaku beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin.
  • Masa ni ibu-ibu akan lebih kerap rasa nak kencing sebab uterus kerap menekan pundi kencing.

2.Pengeluaran lendir atau mukus
  • Ini berlaku apabila serviks mula nak terbuka.
  • Mukus atau lendir yang dikeluarkan akan keluar melalui vagina.
  • Warna lendir tu ada yang pink, ada yang tak berwarna dan ada yang seakan-akan darah.
  • Waktu ni anda mungkin dijangka bersalin lebih kurang lagi 1 minggu atau 2 minggu.

3.Contractions ( Kontraksi)
  • Sewaktu contractions, abdomen atau perut si ibu akan mengeras..
  • Di antara selang masa contractions berlaku, uterus akan relax dan abdomen akan lembut..
  • Tapi contraction ni berbeza dari satu wanita dengan wanita yang lain.
  • Dan juga berbeza pada kelahiran yang berbeza..
  • Melahirkan anak pertama tak akan sama dengan melahirkan anak kedua dan seterusnya..
  • Biasanya contractions ni akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada belakang dan bawah abdomen di samping tekanan dalam pelvis..
  • Contractions ni bergerak macam gelombang dari atas uterus kemudian ke bawah uterus
  • Alah..lebih kurang rasa macam senggugut la..tapi rasa sakit lebih sikit laaaa..


Isnin, 26 September 2011

BaBy KeCik...

hari sabtu yang lepas..aku ngn asben pegi wat scan baby kat klinik swasta..sajer nak tgok perkembangan baby..
tapi aku sedih..sb doktor cakap baby kecik
tak sampai 2kg pun lgi ank ummi ni

so..aku balik umah berazam sebaik mungkin..
makn banyak n makn balik suplemen yang aku berenti tu
aku stop sebab kawan aku suh selang seli makan
tapi yealah..baka mak tecik kan..baby pon kecik
aku agak emosi bila memikirkankannya
so..hubby lah yg byk bagi support..
dia ckp dlu dia lahir tak sampai 1kg..
tapi sekarang membesar dgn sihat n tinggi

ermmm...tapi doktor cakap ader masa sebulan lagi ni
aku kena makan banyak skit
itulah yg aku wat
penuhkan peti ais ngn buah n biskut
yg berat2 aku makan kat sekolah n balik sekolah hubby tapaukan

harap2 baby aku sihat walaupon kecik
nak tgok jantina
tapi doktor cakap tak nampak sebab bby aku aktif sangat
dok bergerak
so..balik umah terus cari nama baby boy
yealah..dok scan bby gurl
kang kua baby boy
sian dia
nama pon umi ngn ayah tak cari lagi

dalam meniti saat nak bersalin ni
aku google maklumat ni
untuk aku ngn bakal2 ibu yea
semoga Allah permudahkan segalanya..
amin...




(petikan diambil dr http://www.hamidarshat.com/)
Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran antaranya ialah:
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pd perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat

Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.
"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)
"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah:
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf: Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87

Ayat ini juga elok dibaca oleh bakal ibu sebagai persediaan utk melahirkan bayi dan moga dapat membantu bagi memudahkan bersalin.
Wallahu akhrajakum mimbutuni ummahatikum la ta'lamu nasyaiaa.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun".

Sabtu, 24 September 2011

NaiK GaJi Ke BaJeT 2012 Ni???

rase petang ni badan lesu ja
pagi tadi ada LDP kat sekolah
aku ni kalu bab duduk lama2 dgr ceramah aku jadi stress
sakit ngn kebas bontot ngn panas lagi

memang dugaan
baby lak bersuka ria menendang di dalam perut aku
rase terhibur lah jugak dalam kepanasan tu
macam2 fesyen duduk aku wat
sebab memang kebas ceramah dari pagi sampai 1.30petang
aderlah rehat
tapi aku nak jalan2 bagi darah beredar ngn tenang
hahaha

sekarang ni tengah tgu asben beli kuih feveret aku
kuih popia
tak tahulah ader ke takder
sebelum bersalin ni baik aku minta ja nak makan aper kan
nanti dah bersalin kena pantang

ermmmm
balik pada tajuk entry nya
heee
panjang plak aku merepekkk

dengar2 orang kate bajet 2012 ni kakitangan kerajaan naik gaji
aku pon tak tahu lah btul atau tak
ishhhhh
mata duitan ke??
aku rase tak kottt...
kalu dapt rezeki kan..kalu tak dapat..ramai lagi kat luar sana yg lebih susah
bersyukur ngn ape yg aderr
bak kate asben aku.....huuuuuuuuu
ni aku copy paste ayat kawan dalam fesbuk:

pape pon baik dengar pembentangan bajet 2012 ni pada 7 Oktober 2011 ni..ari jumaat kot..yang itu lagi sahih menyahih..keh keh keh


"KAKITANGAN sektor awam dijangka akan menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini. Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus."

kalu rase nak gaji naik
tingkatkan kualiti kerja dulu
yea darrrkkkkk...
heeeeeeeeeeeee