Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label zakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zakat. Papar semua catatan

Ahad, 16 Jun 2013

ALhamDulillaH,, RezeKi AnaK

alhamdulillah..rezeki anak lagi
dah lama tak buka fb
sekali buka tgok ada berita gembira
syukur sangat2 pada Mu Ya Allah

benarlah janji Allah..setiap anak tu ada rezeki tersendiri
dulu aku cukup risau takut short duit bila dah ada anak sendiri
yealah pampers..baju anak..anta pengasuh, alat mainan dia
dan macam2 lah
tambah mcm aku ni yg suka shoping baju
tapi ternyata sangkaan aku meleset
sejak batrisyia lahir rezeki kami suami isteri tersangat lah murah..alhamdulillah

polis naik gred gaji..gaji kakitangan awam pon naik lagi
aku yg bekerja sbg guru pon merasa tempiasnya..
aku tak pernah terfikir yg Allah nak bagi rezeki sebegini
kalu aku tahu dari dulu aku kawin awal2..huhuhu
siapa tahu kan
anak ni lahir jer Allah dah tentukan rezekinya

yang paling penting aku dapat menghulurkan belanja kat kampung
sejak kerja dari 2008 tak pernah lagi sekali aku gagal mengirimkan belanja
sb bagi aku
mak dan abah telah bersusah payah membesarkan aku dan adik beradik yg lain
masa sekarang ni lah aku nak membalas segala kesusahan mak ayah aku..

pejam celik hampir 5tahun aku dah bekerja sebagai pendidik
rasa macam terlalu cepat masa berlalu
aku percaya
semua ini bknlah aku dapat sekelip mata
kesusahan dan keperitan aku menuntut ilmu dulu sudah berbayar..
aku juga percaya..
setiap gaji itu mengandungi hak2 org lain
keluarkan lah zakat agar harta kita diberkati
alhamdulillah..syukur ke hadrat Mu Ya Allah
aminnn


Selasa, 25 Disember 2012

ZaKaT

arini aku nak wat entry berilmiah sikit
asyik entry merapu ja
tahun dpn dah nak masuk satu angka lagi
tak reti2 lagi kewwww
nahh kau mak kiah
lama mokcit tak membebel
^___^
hahahaha

ok back to topic
hehehehe
actually..dah lama aku nak citer pasal zakat ni
sebab bagi aku..banyak kesan yang memberi impak dalam kehidupan aku..

pendek kan citer lah..
kadangkala kita alpa
rezeki yg kiter dapat tu sebenarnya ada hak milik org lain
aku ni belajar jer pasal zakat tapi tak amalkan
rase hidup ni tak tenang jer
culas2 jer aku bayar zakat
takut nanti jadi munafik
nauzubillah

nak pergi isi borang wat potongan zakat lagilah aku malas
nak wat baik punya lah setan ni dok menghasut
see??

demi Allah
hati ini selalu tak tenang
akhirnya satu hari aku wat cimb klik
buka majalah dan cari org2 yg btul2 susah
dan aku transfer jer duit ke akaun beliau

alhamdulillah
bebanan perasaan ni terhurai begitu saja
terasa ketenangan tu menerpa
syukur ya Allah
akhirnya aku jmpa alternatif yg mudah nak bayar zakat
kat bandar ni bkn senang nak jmpa org yg susah

atau paling susah pon
pergi ke web zakat
kat situ pon boleh potong online
aku pon potong juga terus ke dalam potongan zakat
lagi mudah
nak kira zakat pon kita masuk jer jumlah pendapatan
nanti dia tolong kira..

jadi..kpada kwn2 kat luar sana
keluarkanlah zakat
kadangkala kita takut nak keluarkan zakat sb rasa duit kita byk nk guna
tapi percaya lah
zakat yg kita keluarkan tu adalah perintah Allah
malah apa yg Allah katakan adalah benar
zakat tidak akan membuat rezeki kita berkurang
malah berganda2 Allah bagi
alhamdulillah


KELEBIHAN BERZAKAT:

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita  akan bertambah dan  bukannya berkurang.
2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.
3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita Na’uzubillah…
Akhir kata zakat itu hukumnya wajib
“ZAKAT MEMBAWA BERKAT”