Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label bf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bf. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

2 ProDuK BaNyaKkaN SuSu iBu..

ummi mmg peminat tegar susu ibu
sebab ummi tahu khasiat susu ibu yang begitu ajaib..
sebab tu walau pon banyak cabaran penyusuan batrisyia
ummi tak pernah menyerah kalah

insyaallah..bagi yg tak berpeluang mnyusukan anak
tekadkan dlm hati untuk anak yg seterusnya
wajib memberi susu ibu
at least 6bulan pertama

kelebihan susu ibu:

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak


ummi suruh ayah beli
amik kawwwwww
700biji ayah beli
yang botol besar..dulu ummi beli yg 330bji
tahan dekat 5bulan
ummi makan tak tentu..kadang makan banyak
kadang makan sikit

kalu dah 700 biji
sehari ummi makan 2bji
tahan dekat setahum
berbaloi kan???
harga baru RM70+

ni pon killer produk nak banyak kan susu ibu gak
ESP soya
mmg sedap
sehari ummi minum 2 sudu
pagi n malam
yang ni tahan dekat 2bulan
harga rm121
ummi bukan ahli produk shaklee
ni pon pnjam no ahli kawan
heheheh
murah rezeki dia yerrr..

2 produk ni ummi tak tinggal lagi
sbb mmg berkesan menambah susu ibu

tengoklah
anak ummi dah 4bulan 10hari
timbang kat klinik dah 7kg
alhamdulillah
semakin sihat

banyak kelebihan susu ibu ni
terutama dalam melangsingkan badan ibu selepas mengandung...
berat ummi sekarang 50kg
masa last pregnant 61kg..
target ummi nak capai berat 47kg..
brat zaman bujang dlu..heeee

batrisyia mmg rapat ngn ummi
bila batrisyia menyusu ngn ummi
ummi akan amik masa berbual dan pegang tangan batrisyia..
sbb tu kat umah pengasuh pon
kalu ummi datang..batrisyia tengah tido
ummi panggil batrisyia akan terus buka mata
sambil tersenyum2

tapi kalu ayah amik batrisyia..
batrisyia akan pjam mata kuat2
sian ayah

begitu hebatkan kuasa mnyusukan anak
sampai kadang kala ayah jeles ngn ummi
huhuhu

Jumaat, 3 Februari 2012

PiL KaLsiUm..OsTeMatRik ShAkLee

alhamdulillah..rezeki susu for my baby semakin murah
dengan pengambilan vitamin yg konsisten..
jadual perahan susu yg jarang skip..kalu skip
aku akan pastikan akan wat power pumping..
aku ader stok susu EBM lebih kurang 200oz lebih..
alhamdulillah..

Stok EBM ni penting,,
kalu aku sakit..aku kena outstation..
maka susu EBM ni yg aku akan gunakan..

macam aku kerja kat sekolah dari 7.30pg - 2.00petang
so kat sekolah aku akan pastikan aku dapat pam lebih dari 10oz..
sebab sehari batrisyia minum dalam 15oz

dulu hasil susu sangatlah kurang
tapi aku percaya demand n supply
lagi banyak permintaan susu..lagi banyak susu terhasil
jangan skip jadual pam

aku sebenanrnya jeles ngn mommies yg tak kerja
dapat direct bf terus kan..
tapi aku juga percaya
aku boleh buat
anak aku..aku akan bf sampai 2tahun
insyaallah..selagi susu ni ader..maka aku akan berusaha sehabis baik..

sebelum ni aku just amik Set B dengan ESP sahaja
tapi baru2 ni
aku baca info
yg kalsium ni sangat penting untuk semua org
especially ibu yang mnyusukan anak macam aku..

10 Kebaikan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.



so kalu tak nak muda2 gigi takder n sebagainya..silalah jangan abaikan pengambilan suplemen kalsium or minum susu
macam aku
lebih suka telan pil daripada minum susu
mueheheheh

ader 120biji dengan harga yang mampu dimiliki
aku makan 2biji sebelum tidor
kesan dia
aku dah tak sakit-sakit sendi n belakang
pagi2 aku lebih cergas
takder lagi tidur selepas subuh
selamat menyihatkan kesihatan badan anda

* walaupon kita menyusu badan..jangan abaikan kebersihan diri..yealah..sibuk jaga anak sampai comot2..sian kat husband kita tengok...
peace!!

Sabtu, 21 Januari 2012

KeLeBiHaN MenGanDung Dan MenYusUkaN AnaK...

 

Saya nak kongsikan kelebihan yg ditawarkan kepada wanita yg mengandung & menyusukan anaknya... macam saya (hehehe..), insya allah...

‎1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Jika wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala.

Wallahua'lam...

Semoga kita mendapat keredhaan-Nya di dunia & akhirat...amin

Khamis, 19 Januari 2012

CaBaRaN PenYusUaN BaTriSyiA ParT 2

lamanya aku nak updet part 2
bercinta bagai entry ni baru nak updet
heeeee

sejak balik jb..
aku mmg bz
bz nak wat stok susu ibu bila aku kerja nanti
dari kosong peti ais tu
alhamdulillah aku dapat penuhkan jugak

sape kate bagi susu ibu senang??
tambahan aku seorang ibu yang berkerjaya
setiap 2-3 jam aku kena pam
dulu aku guna pam manual medela harmony
tapi lenguh tangan nak pam
so..ader rezeki skit
aku beli pam elektrik jenama spectra 3
aku beli ngn kawan aku
double pumping

alhamdulillah
sangat senang dan memudahkan kerja aku bila sibuk2 ni
macam ni lah pam elektrik tu

tapi yg aku punya ader double pumping
memang aku terpaksa berkorban tenaga dan wang ringgit
sebab aku nak puteri aku yg tercinta ni membesar dengan sihat dan bijak

aku tahu momy2 yg kat luar tu semua nak susu kan anak kita
tapi kadangkala kekangan2 yg tak dapat dielakkan
nak menyusukan anak ni
perlu sokongan daripada org yg rapat

first masa aku nak wat stok susu ibu kat jb ni
aku kira lambat wat stok susu ibu
2 minggu nak kerja baru terhegeh2
heeeeeeee
sangat sikit susu yg keluar bila dok pk nak wat stok susu ibu ni
nak pam susu tak boleh stres yea
suami aku yg nak aku susukan anak dia sepenuhnya
so..dia banyak support aku

kerja umah dia sangat membantu
time aku pam susu
hubby akan pegang anak
 masa susu drop dengan tiba2 masa aku sampai jb
kes aku sedih sgt bila ader 1 ujian yg menimpa
susu aku dari banyak terus merudum

nasiblah suami aku cover balik stres aku
bawa aku pergi stokis shaklee
cari ini barang

ni pon kwn baik aku nani yg suggest
sb dia pun momy yg full bf anak dia

alhamdulillah
susu kembali banyak
kena banyak berdoa jugak
minta kat Allah
rezeki anak tetap ader
yg penting niat ikhlas kita

aku telah banyak mensia2kan anak aku sejak pregnant hari tu
mabuk teruk kan
dan bila dia lahir ni
aku berazam akan wat yg terbaik utk anak ini
aku dan suami nak berikan didikan dunia dan akhirat dengan sebaik mungkin

sehari 3 liter kena minum air kosong
dah jadi habit aku minum air byk ni
sebab air penting dalam menghasilkan susu yg banyak

aku lebih berdisiplin
sebab setiap 2-3 jam aku kena pam susu
kalu aku tak pam
anak aku tak makan
boleh gitewwwwwww??
hahaha
sekali pam 15-20minit

macam aku bergantung jugak dengan produk shaklee nak banyakkan susu ibu ni
alhamdulillah
badan yg sihat susu ibu pon dapat dihasilkan dengan baik
semoga Allah permudahkan urusan aku
aminnn


Ahad, 11 Disember 2011

BaYi 6 BuLaN Ke BaWah TiDaK PerLu AiR TaMbaHaN!


Telah ditakrifkan bahawa penyusuan bayi secara eksklusif selama 6 bulan adalah pemberian SUSU IBU SAHAJA.
Tahukah anda bahawa bayi yang menyusu secara eksklusif tidak memerlukan tambahan air lain termasuk air masak atau air kosong, glukosa, jus, air teh, kopi dan sebagainya ?
Pemberian air kepada bayi boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi kerana:
  1. Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
  2. Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
  3. Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
  4. Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air”  atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.
Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.

KeLeBiHan SuSu IBu


Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…
  1. sentiasa segar (fresh)
  2. tersedia dalam suhu yang optimum
  3. tersedia steril
  4. tiada pencemaran
  5. tersedia bila-bila masa
  6. tiada tarikh luput
  7. species-specific
  8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
  9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
  10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
  11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
  12. mengandungi antibodi
  13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
  14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
  15. mudah hadam
  16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
  17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
  18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
  19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
  20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

PeNyiMpaNaN SuSu Ibu

susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)
Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Sumber: Le Leche League