Powered By Blogger

Rabu, 21 September 2011

13 AuRaT WaNiTa


Tiga belas aurat wanita iaitu:

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan)menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang merekasembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari HadisRiwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim danBukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari HadisRiwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al AhzabAyat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripadapintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dariHadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yangmenjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhiratnanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlahkepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itusupaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah mahapengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untukmelakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yangberpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagiantertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akandigantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukanmahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikankita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Diadan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidakpasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya,dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami-suami? tidakcintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat diakhirat..Na'uzubillahhimin zaliq..bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikanbersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yangtelah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri sertatidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifatkaum-kaum yang beriman..

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.

Ahad, 18 September 2011

RiNdU MeReKa-MeReKa iTeWw...

bosan sangat petang ni
bosan ngn kesibukan bunyi bising bandar yang takder kesudahan
rindu sangat kat kampung halaman yang mendamaikan

tapi tu lah lumrah kehidupan kan..
entah bila lah aku dapat rase ketenangan tu sampai bila-bila
setakat balik kampung bercuti
aku rasa tak sama

ringan jer tangan ni nak isi borang tukar
biarlah aku balik perak balik
kalu bukan perak pon..jnji di utara...
rindu zaman kerja yang sangat enjoy
kerja yang santai dan hubungan yang akrab
macam satu family

tapi kat sini segalanya harus bermula dari bawah
cabaran dan rintangan yg kadangkala wat aku putus asa
rupanya berada di bndar cabaran kerja sangat lah membosankan
berdepan ngn karenah orang yang kadangkala bagi aku macam bukan manusia

bahasa, hormat., kesopanan..komunikasi..
uhhhh
tak sesuai ngn jiwa aku
sangat2 jauh
untung ader blog
boleh gak aku meluahkan isi hati aku

aku bahagia bersama suami tercinta
disebabkan beliau aku cuba bertahan dan menyesuaikan dri
tapi aku rasa
lagi cepat aku keluar dari sini lagi bagus
hahahaha












Sabtu, 17 September 2011

KeRaNa KoKtAiL BuAH...

sebenarnya dah baper hari aku nak makan koktail buah
susu cair tu dah lama aku beli simpan dalam peti ais

 2 buah kedai kat bawah blok umah ni takder plak jual
kalu tak dapat koktail buah pon
asalkan ader nata de coco pon dah ok sangat

tapi yg ader dalam tin tu buah laici ngn buah nenas
dah baper kali aku pergi cari
memang takder

malam tadi gi shoping barang baby
terlupa nak beli
bila hubby dah pergi kerja
mulalah aku request macam2 nak makan
adoiii

aku nak keluar drive siang tadi
tapi hubby tak bagi aku keluar sebab hujan
dia janji nak beli kat aku tapi tak janji pukul berapa boleh anta

aku pon makanlah nasi goreng yang aku masak
isi perut jap
alih2 aku muntah pas maghrib tadi
sob sob sob
anak aku ni nak koktail buah juga agaknya
makan nasi goreng pon aku muntah balik
ish ish ish
perut aku mengeras
tak tahu lah ape baby aku wat
kesian baby...ke kesian kat aku
huhuhuhuhu

arini hubby keja
dia tak balik malam ni
sedihnya rasa

terasa panas jer kerongkong ni...
kalu dapat koktail buah ni
sedapnya.....
sob sob sob





Jumaat, 16 September 2011

KisAh SeDiH di PaGi HaRi...

heee
kisahnya begini...arini asben aku keja
biasalah dah 2 hari cuti kan

so..pagi2 lagi time asben mandi..aku ketuk bilik air..
aku tanya nak breakfast roti telur tak
asben aku cakap tak nak..nk minum air kopi ja..

haissshhh..tak payah lah wat roti telur
aku kurang sikit mkn roti telur ni
tapi arini rajin plak nak wat breakfast kat hubby
adeiiiii..hehehe
yealah..sebagai upah kan..
malam tadi asben bawa pergi shoping barang baby lagi kan
hehehe


ok..pas settle sume n hubby pon dah minum
aku macam biasalah
anta hubby depan pintu sambil say bye bye
bersalaman n cium pipi
ngeh ngeh

sambil tu aku tanya tak bawa bju sejuk dia kew..
okk..asben terlupa...
aku amik dan bagi pada hubby..
okkk...hubby pon tutup pintu...
dia suh aku tido..rehat puas2 kat umah
keja umah dia dah settle kan..petang ngn malam tadi gigih aku tgok dia kmas umah..bsuh baju..sidai bju,isi air panas,,,pinggan2 dia susun balik.berus bilik air..cuci kipas berhabuk...cuma lipat kain ja dia tak wat..sb dia tak suka lipat kain..ngeh ngeh
terharu aku..sb dia tinggalkan umah ngn umah dah bersih
sadisss...terharuu

aku sakit gigi semalam
sbb gigi bongsu nk tumbuh
adeiiii
sampai pening kepala aku
sakit bebenor..nk jer aku cabut..

ok balik citer tadi..
aku pon angkat tgan bye bye...

elok jer asben hilang dari pandangan aku
aku rase kekurangan sesuatu

soo..amik bantal sambung tido ngn hati yg sedih
huhu
sampai terbawa2 dalam mimpi
sedih punya pasal
hahahaha

pasalnya sbb aku tak dengar asben cakap kat aku i luv u
hahaha
nmpak remeh kan
tapi bila dh jdi kebiasaan..pasti akan rase tak kena
asben aku gelakkan aku

dia cakap adoiiii
dia dah ckp dah time aku sibuk amik baju sejuk
ish ish sensitip btoi bini dia ni
hahaha

tu jer nak citer,,,,sedih sebab tak dengar 3 perkataan tu
ngeh ngeh ngeh

ni la org yg wat aku bermimpi sedih di pagi hari
hahaha


semoga kehadiran baby ni mnjadi pengikat kasih sayang antara aku dan suamiku selama2nya
amin...



Khamis, 15 September 2011

KeRaNa MuLuT BaDaN BiNaSa..

kerana mulut badan binasa...
pepatah melayu yg sangat tepat..
agak2 korang..leh tak kawan n sayang org yang mulut macam laser ni??
ehhh...macam citer hot jerrr,,,,
hahahaha



sape erkk yg selalu jdi mulut laser ni??
sape2 pon ble..
tapi kalu kita dah terbiasa jdi laser..knalah kikis dari sekarang...
aku pon pernah berhadapan ngn org2 macam ni..
tapi jgnlah dibalas...
kang perang tak hingat dunia

aku tak ble kalu ader org kcik hati ngn aku..
msti nk minta maaf..
sb aku rase tak tenang..
tapi macam mane plak ngn org yg wat kat aku
haa??
ce citer ce citer...
hahahah

aku tahu aku tak berdaya nak balas
kalu aku balas pon
aku rugi sebab menampakkan ketidakmatangan aku
so..aku berdoa ja
minta kat Allah SWT...

pernah terjadi kat aku
ader orang tuduh aku amik kesempatan morning sickness yg lama
aku tak minta sakit pon
jauh sekali nak minta simpati org
menangis aku...sedih yg teramat
beberapa minggu emosi aku terganggu

sampai aku berdoa minta kat Allah....
Allah tu Maha Adil
kat dunia lagi Dia bgi pembalsan
DIA bayar cash lagi...
org yg tduh aku tu jatuh sakit n sakit lgi teruk dari aku
tak payahlah aku citer lebih2

tapi moral of the story
muhasabah untuk aku gak
jgalah mulut kita yg Allah bgi ni ke arah kebaikan
doa org yang teraniaya ni cepat Allah makbulkan
hati2 ngn mulut anda!!!

pesanan untuk aku jugak nieh...

Rabu, 14 September 2011

NaSi KeRaBu...

petang ni hujan lebat lah plak..adusss..tetiba terus jadi lapar...
teringat nasi kerabu lah plak
mendengar namanya sajer sudah menggiurkan
haisssshhh
nk cari kat mane erkkk ptg2 mcm ni..huuuuu


citer pasal nsi kerabu ni
aku teringat bulan ramadhan yg lalu
hari2 aku berbuka puasa ngn nasi kerabu
cma baper hari ja aku mkn nasi lain

heran bin ajaib
aku jdi peminat tegar nasi kerabu tanpa jemu
ngeh ngeh
nasi kerabu ngn air cendol plak tu
tu lah menu aku hari2 time berbuka
sah2 lah aku tak masak sbb aku mmg tak pernah masak nasi kerabu
bli sajerr di bazarrr
hahahaha
adoiiiii

kalu hubby bli nasi lain
aku mkan tak abis..tpi kalu nasi kerabu..
licin wooooo
agaknya anak dalam pewoottt ni peminat nsi kerabu
kehkeh

yummy yummy
aku google jer gmbar ni
wat sedapkan hati n pewot
sabar yea bby
nti ummi suh ayah cari nasi kerabu lagi
kehkeh

ni pon sedap
asal nsi kerabu
layan jerr mata oiii
nak rase tak dapat derrr
uwaaaaa

kalu patern mcm ni mcm kat pasar malam jer
arini maner ader pasar malam
sabar jalah...
huuuu


PeRsiApaN BaRanG BaBy...

kat sekolah tadi aku try cari barang baby dalam intenet..rupanya banyak aku terlepas pandang..pastu aper lagi..laju jer aku catat ape nak tambah lagi...huuu...rupanya aku byk bli bju bby jer..

yg lain aku tak amik kisah..so..cepat2 call hubby memaklumkan perkara2 ini..so..ari jumaat ni kalu takder pape baru nak cari balik... barang yang aku terlepas pandang ni barang kecik2 yang tomei2...hahaha...aduhai....macam nak tergelak sorang2...heeee

 

Senarai Beli Barang Baby...


Jom tambah/kurangkan senarai ini...

Untuk Bayi
Pakaian
1. Baju: saiz new born 5 pasang
saiz 6-12 bulan 5-7 pasang (lebih pun tak pe sebab boleh pakai sampai umur setahun atau lebih..tapi aku rase dah bli terlebih..eksaited punya pasal..heee)
seluar panjang dan seluar pendek
baju lengan panjang dan pendek
baju lubang2 utk cuaca panas, singlet dan baju jalan
 (siapkan 2 size berbeza..mak aku cakap mak aku wat sndri barut baby..hee)

Dandanan dan Ubatan
1. Minyak telon, minyak yuyi - (minyak yuyi panas sikit banding dgn telon)
2. Minyak bayi - baby oil (minyak zaitun pure tu okay gak atau minyak kelapa dara)
3. Syampu, sabun - (elok beli pek kecik (travel set) sebab takut kulit baby tak serasi)
4. Ketip kuku (nail clipper) dan setnya dengan gunting kecik.
5. Pembersih hidung - (berbentuk seperti hon)
6. Lampin pakai buang saiz newborn (Drypers ok skit kot)
7. Sikat lembut.
8. Kapas muka / cotton ball

Feeding
1. Botol susu (beli yang pendek dulu, klau bole bagi bb minum susu ibu)
2. Pembersih botol susu.

Peralatan
1. Besen mandi beserta getah alasnya
2. Stroller - (beli lambat sikit pun tak pe lepas habis pntng ke)
3. Katil bayi - (beli lambat pun tak pe sebab kebanyakan ibu terutamanya yg menyusu suka baby tido sebelah senang menyusu dan perasan kalau dia nangis)
4. Kelambu payung
5. Bakul atau beg untuk simpan barang2 baby.
6. Lapik plastik untuk salin lampin bayi. - (sesetengah diaper bag ada ni sekali)
7. Tilam bayi - (jangan pilih yg terlalu empuk sampai muka baby boleh terbenam dalam tu. Boleh juga beli comforter/tilam nipis, nak jalan2 senang)
8. Bantal dan bantal peluk



2. Stokin/sarung tangan dan kaki: (5 pasang jer haku bli..)

3. Sapu tangan: 10 helai (ni aku tak bli lagi..awat byk sgt smpai 10 helai)
4. Tuala mandi: 3 helai (yg ni baru 2 helai)
5. Lampin kain: 1 dozen untuk bedung, multipurpose(ni pon aku dah bli sedozen cap pureen)



sekarang ibubapa suka pkai kan pampers mcm ni
byk kelebihan yg aku baca
mcm nak cari ja...

6. Kain bedung: 3 helai ( mcm mane rupa kain bedung ni erk..aku tak bli pon lgi)



7. Selimut: 2 helai (ni baru sehelai)
8. Topi yang sesuai - (elok ada topi yang boleh lindung dari panas bukan sekadar fesyen)

9.Barut bayi / binder: 10 helai
botol susu yang femes org guna
BPA free..

auwwww
terharu i ...
kater ank ummi ni yea..
heeeee


Untuk Ibu
1. Breastpump
2. Bekas puding yang kecik comel tu untuk isi susu badan (boleh juga diisi dalam botol susu tapi pastikan botol susu punya penutup (seal) bukan tutup atas bulat tu)
3. Barut - (ada jugak ibu yg pakai girdle je)
4. Batu sungai jika ingin bertungku
5. Stokin tebal
6. Nursing bra
7. Jamu jika mahu makan jamu( aku sedang survey lagi produk set bersalin ni....huuu