Powered By Blogger

Rabu, 2 Julai 2014

Anniversary yang 4tahun

Ya Allah..lamanya tak jenguk blog kesayangan..
terlalu banyak yang tak dapat dikongsikan bersama bila penyakit malas datang menjelma
alhamdulillah..kehidupan yang dilalui masih sama..bahagia bersama seorang permata kesayangan dan suami tercinta..

29 05 2014
adalah anniversary kami yang ke 4 tahun
alhamdulillah..suka duka ditempuhi bersama
tahun ni tak dapat sambut anniversary sebab aku balik kampung sempena cuti sekolah aritu

walaupon still tak sambut anniversary
benda paling penting ialah hadiah
syukur kerana dikurniakan suami yang suka wat suprise dan bertukar2 hadiah..


tahun ni dapat handbag lagi..
tq suamiku
semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan hingga ke syurga
terima kasih menjadi suami yang baik untuk ayang n ank
terima kasih kerana selalu bersabar dan tidak pernah jemu mendidik kami menjadi insan yang lebih baik

semoga kita sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan dari Allah SWT

we love u so much 






Rabu, 20 November 2013

SePi

salam semua..
rasa dah lama blog ni sunyi sepi
aura nak menaip dah lama hilang
kesibukan acapkali menghalang dari melakukan hobi yg satu nie..

arini last jaga spm
selepas ni dah boleh pk aktiviti2 yang seronok setelah lama bekerja
salah satu tentulah percutian
dalam byk percutian blk kg lah yang paling best
insyaAllah 25hb ni akan berangkat pulang ke Perak
tinggallah encik suami 2-3 mngu di sini
walaupon rasa sedih
terpaksalah hadapi jugak

lagipun cuti sek hujung tahun lah yang paling seronok sb cuti lama sikit
bolehlah melepaskan rindu dendam masakan mak

apapun, semoga dipermudahkan sgala urusan
aminn

Isnin, 29 Julai 2013

SaLaM LebaRan

lama rasanya dah tak buat entry bergambar kan
nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin
kepada yang mengenali diri ni
jika ada salah dan silap haraf di maafkan
salam aidilfitri buat semua dari saya sekeluarga


46kg = my weight

semalam timbang berat badan
46kg jer
yess..puasa kali ni berjaya menurunkan berat badan dengan efisien..
dengan ketinggian 153cm..aku rasa berat ni ok lah sikit
badan ringan..
kalu tak puasa berat aku boleh jejaki sampai 50kg
hehehe

tunggu pas raya lak
mesti naik lagi
apapun syukur
diberi nikmat untuk makan
makan pon sekadar perlu

salah satu sebab aku tak boleh gemok
sebab awal2 lagi encik somi dah gtau
dia tak suka aku gemok
so pandai2 lah paham
hehehe

bestnya nak raya..tak sabar nak balik perak
ketupat, rendang ayam,soto mcm memanggil2 jer..hehe

apapun selamat hari raya maaf zahir dan batin

Rabu, 24 Julai 2013

AnaKku

lama rasenya tak update blog
sekarang ni fokus dh byk berubah
bila berpikir tentang si jantung hati
nur qistina batrisyia sudah menjengah setahun 9 bulan
terasa terlalu pantas masa berlalu

alhamdulillah
anak comel ini masih mendapatkan khidmat susu badanku
tumbesaran yang sangat aku dambakan di depan mata
saat terucap bibir mungil lah memanggil "ummi"
terasa bahagia nya hidup dengan kehadiran si kecil
yang sudah memahami apa yang berlaku di sekelilingnya
sungguh
aku bersyukur dikurniakan anak seperti batrisyia
penyejuk mata suami dan diriku
benarlah
anak pengerat hubungan suami isteri
sebarang keputusan haruslah memikirkan dirinya

terima kasih Ya Allah
di atas segala kurniaaMu ini
walaupon hanya pinjaman di dunia ini
namun ku harapkan kasih biarlah hingga ke syurga abadi

Selasa, 9 Julai 2013

Hepi BesDay SuamiKu

happy birthday to my husband yang tercinta
ayg ngn baby sayang sgt kat abg to end life
thank you for looking after us with patience and love
thank you so much
tahun ni takde kek
sok nak pose..kehkeh
nanti kita celebrate yea

luv u abg
so much
(8 - 8)

Ahad, 23 Jun 2013

SteamBoat

rasanya aku seorang penggemar steamboat terlampau kot
bahaya sebenarnya
sebab boleh mengoyakkan poket
huhuhu

ketagihan nak hirup tomyam panas n daging bakar
lagi satu yg menjadi masalah
restoren steamboat selalu buka malam-malam
kadang waktu siang pon aku teringin
acanerr tu nak tunggu malam

lagipon selalu restoren steamboat ni cas ikut per kepala
dekat sini ada yg rm30.90, ada yg rm20.90
 dua2 not bad
cuma different nya sb price 

finally aku dapat idea baru
lagipon bukan semua bahan aku makan
selalu aku pulun daging bakar jalah
mcm hubby dia bakar2 ni kureng
dia suka yang rebus2 ja
okey laki bini minat tak serupa

so..aku wat sendiri steamboat versi aku
buat ja kuah tomyam,masukkan kiub tomyam n ejas citarasa..nak pedas masukkan cili sikit.. sediakan bahan untuk direbus,,bebola ikan, sayuran dan segala mak nenek bahan dia tu

pastu boleh guna pemanggang ajaib atau pon kuali non stick
aku alas kan dengan kertas aluminium tu ja
then panggang daging yg diperap
boleh juga ditambah dgn ayam, udang, dan sebagainya
ikut selera masing2
sedap sgt
serupa ja makan steamboat kat luar tu
tapi yg ni lagi jimat

so sekarang aku dah tak perlu susah hati kalu nak makan steamboat di siang hari
kejap ja masak then siap!!

yang penting rumah aku standby bahan nak makan steamboat
lagi jimat...

Sabtu, 22 Jun 2013

UbaT GuNa - GuNa

hari ni mood nak buat entry datang
mcam biskut lak kan..hehehe

Tajuk pon dah suspen kan..
ubat guna-guna..
tapi aku dgn suami tetap guna kan juga
untuk melembutkan hati suami isteri

Ehhhh
tapi dengar dulu
kang kata aku syirik lakkk
huhuhu

Sebenarnya dah lama aku nak sharing pasal benda ni
dah lama aku dengar pasal ni
aku pon sekadar suka2 ja wat
tapi nampak keberkesanannya

setiap kali aku masak atau buat air
aku bacakan Ya Latif, Ya Latif berulang-ulang kali
baca Ya Rahim, Ya Rahim berulang kali juga
aku juga baca kat ubun-ubun anak

Aku perasan sejak rajin mengamalkan sebut asmaul-husna ni
nampak kasih sayang suami isteri makin bertambah
anak plak makin manja
bergaduh tu normal lah kan
sedangkan lidah pon tergigit
ini kan perkahwinan
tapi bila bergaduh hati akan lebih cepat reda n berbaik kembali
selalu aku lah yg suka cari pasal
hekhekhek

suami pon macam aku juga
kalu dia wat air kat aku
dia pon mengamalkan Ya Latif..
Ya Latif tu kan bermaksud Maha Lembut

insyaAllah
hati kita lebih lembut dengan pasangan
tapi paling penting kena jaga solat lah
solat lah kekuatan rumahtangga kita
doakan yg terbaik untuk diri, suami, anak2 dan keluarga
kita hanya manusia biasa
namun kita perlu berusaha menjadi manusia luar biasa
biasakan wat sesuatu perkara kerana Allah
mulakan dgn bismillah
insyaAllah..kehidupan kita lebih bermakna
selamat berzikir semua
(* v *)

Ahad, 16 Jun 2013

ALhamDulillaH,, RezeKi AnaK

alhamdulillah..rezeki anak lagi
dah lama tak buka fb
sekali buka tgok ada berita gembira
syukur sangat2 pada Mu Ya Allah

benarlah janji Allah..setiap anak tu ada rezeki tersendiri
dulu aku cukup risau takut short duit bila dah ada anak sendiri
yealah pampers..baju anak..anta pengasuh, alat mainan dia
dan macam2 lah
tambah mcm aku ni yg suka shoping baju
tapi ternyata sangkaan aku meleset
sejak batrisyia lahir rezeki kami suami isteri tersangat lah murah..alhamdulillah

polis naik gred gaji..gaji kakitangan awam pon naik lagi
aku yg bekerja sbg guru pon merasa tempiasnya..
aku tak pernah terfikir yg Allah nak bagi rezeki sebegini
kalu aku tahu dari dulu aku kawin awal2..huhuhu
siapa tahu kan
anak ni lahir jer Allah dah tentukan rezekinya

yang paling penting aku dapat menghulurkan belanja kat kampung
sejak kerja dari 2008 tak pernah lagi sekali aku gagal mengirimkan belanja
sb bagi aku
mak dan abah telah bersusah payah membesarkan aku dan adik beradik yg lain
masa sekarang ni lah aku nak membalas segala kesusahan mak ayah aku..

pejam celik hampir 5tahun aku dah bekerja sebagai pendidik
rasa macam terlalu cepat masa berlalu
aku percaya
semua ini bknlah aku dapat sekelip mata
kesusahan dan keperitan aku menuntut ilmu dulu sudah berbayar..
aku juga percaya..
setiap gaji itu mengandungi hak2 org lain
keluarkan lah zakat agar harta kita diberkati
alhamdulillah..syukur ke hadrat Mu Ya Allah
aminnn


Rabu, 5 Jun 2013

MenaNgis LaGi

hanya Allah Maha Mengetahui
bertapa rindunya pada mak dan abah
rindu sgt2
balik kg hari tu pon kejap jer rasa
encik suami hnya cti seminggu
blk seremban kejap..pastu pergi cameron smpena anniversary
then baru blk perak

ya Allah.. rasa berat sgt
rindu sgt2
dari kecik smpi besar
aku jenis rapat sgt ngn mak
duduk asrama tiap mngu mk abah dtg
msuk matrik kedah 2mngu aku wajib balik kg
masuk upm setiap kli cti pnjng aku blk
upm sb jauh jer tak dpt balik kerap
dh kawin pindh jb
bertambah jauh
rindu yg maha hebatt

walaupon suami tekankan yg aku skrg ni dh jdi tgjwb dia
apa2 pon aku harus disisinya
namunn..
kerinduan pda mk abh terlalu dlm

cepatlah abg hbis belajar
kita pindahlh dekat sikit
at least kalu rindu mk abah
boleh jugak balik jengok
lagipon duduk kat sini tak seronok
jauh dr sedara mara

semoga Allah memelihara mak dan abah
ada rezeki kmi pindah dekat sikit
angah syg sgt2 ngn mak n abah
syg sgt2222

Khamis, 16 Mei 2013

BaHAGia

alhamdulillah..29 mei nie genap usia perkahwinan kami yg ke 3 tahun
terlalu cepat masa berlalu
kini kehidupan semakin lengkap dgn kehadiran anak
benarlah org kata
anak ni pengikat kasih sayang suami isteri
kehadiran nur qistina batrisyia membuatkn kehidupan kami lebih bermakna

macam biasalah
setiap kali kehadiran anniversary n besday
kami dh bersepakat biarlah mnjadi acara wajib untuk saling bertukar hadiah
dah kawin ni harap suami jalah bgi hadiah
dulu bujang lain..hehehe

annivesary kali ini plan nk bercuti ke cameron 
harap dipermudahknlh perjalanan
tak sabar tunggu cuti sekolah ni

encik suami beria betul nk pgi cameron
aku ikut jer
janji tak mo tempat pnas mcm tioman hari tu
sunburn dibuatnya
cehhhh..demand lh sgt
aku dulu kt sek hitam asyik berjemur
siap pernah main hoki lgi
tu zman sekolah..dh kawin tak kn nk lasak lagi
hekhek

lumrah rumahtangga
mesti ada pasang surut
kadang baik..kadang gaduh
asam garam rumshtangga
semoga Allah sentiasa memberkati ikatan perkaheinan ini hnga akhir hayat kami

sekarang suami dah masuk sem 3 n berjaya mengenggam segulung ijazah dgn jayanya
yg paling penting kita jadi cntoh yg terbaik utk anak2
semoga cepat habis belajar n kita pindah dekat sikit ngn perak
leh balik kg srlalu
huhuhu
nanti aku update lagi..malas lettew
 

Khamis, 18 April 2013

MelePasKan Mu MenyakitKan...

tak tahu kenapa
rasa sebak bila ingat
rindu sangat dgn sentra..hampir 5 tahun bersama
banyak kenangan suka duka bersama kereta tu
pernah accident beberapa kali
sentiasa menemani aku
walaupon dia hanya kereta..tapi demi Allah
aku merindui kereta tu
huhuhu



tak banyak gambar bersama beliau
apakah aku akan bertemu kembali dgn beliau?




hubby cakap macam org putus cinta dok teringat sentra
haruslah kan
ni kereta pertama
aku jual sentra sebab banyak faktor
perjalanan pulang ke kampung memaksa aku melepaskan beliau..
rindu sangat...

selamat datang almera
harap kehadiran awak memberi seribu rahmat kepada kami sekeluarga

namun pew ***
aku tak mampu melepaskan kamu
kerana aku terlalu menyayangi kamu
kini dan selamanya.....
semoga tuan baru awak menjaga awak sebaik mana yang pernah saya jaga awak dulu..
jasa dan bakti awak akan saya kenang selamanya

Selasa, 2 April 2013

NissaN AlmeRa

alhamdulillah
for our 2nd car..
nissan jugak..tapi kali ni aku amik brand almera..
first tengok design dia terus jatuh cinta..
bye bye sentra..
sedih sgt..itulah kereta pertama first gaji aku
pape pon
no plat aku amik..
P** 8088
sayang kalu 8088 nak jual..
jadilah..walaupon kereta lain janji no plat yang sama
minyak kereta nissan memang save
sb tu aku setia ngn nissan..
kalau korang nak beli kereta sedan
aku mmg syorkan almera
harga yang sangat berpatutan







Selasa, 19 Mac 2013

Kini....


ramai jugak yang menjengah blog aku walau pon tiada entry baru..
maaflah..kesibukan kini membataskan masa nak mengarang cerita2 baru..
alhamdulillah..semuanya masih sama..
cuma kini semakin bahagia bersama anak yg tersayang yg semakin membesar dengan bijaknya..
hari2 yg dilalui cukup bahagia saat melihat puteri yang dilahirkan sudah semakin membesar..

ecece..opkos lah makin membesar..tak kantak besar2 kot..kikiki

rindu rasa nak mengarang cerita..
tapi kesibukan mmg wat aku tak de mood nak wat entry baru..

arini balik nak try wat TIRAMISU
tukar2 selera..k..malas dh datng..huhu
bye bye

Isnin, 14 Januari 2013

MenGidam Steamboat

mengidam steamboat macam org pregnant jer kan
heheheh
actually..tak pon..
tapi aku ni kalau nak makan hubby cakap jenis tak menyempat2
cehhhhhh
maka tadi pas hubby anta aku pergi sekolah
terus dia berdesuppp cari restoran steamboat
nak wat macam mana
kalu syg bini kenalah rajin
kuikuikui
ampunnn bangggg

aritu punya restoran steamboat sedap
tapi mahal sgt
aku nak cari yang sedang2 harga
lagipon aku ni spesis makan sikit cepat kenyang
macam makan kat hotel haritu
makan sikit jer
ingat kalu bawa tupperware pon ok gak

so mlm ni yeaaahaaaa
pi makan steamboat plak
bukan selalu kan nak makan sedap2
asyik2 nasi goreng ayam kunyit ja
muka pon macam kunyit dahhhh

sejak kebelakangan ni aku rajin sgt masak
ini diakui oleh suami
tahun 2013 ni haruslah berubah
lagipon batrisyia dah pandai makan
pasni biarlah aku masak utk suami n anak
tak kan nak bagi air tangan org lain masak kan
so..
hopefully aku akan terus belajar memasak untuk anak dan suami tercinta
aminnnn

Selasa, 25 Disember 2012

ZaKaT

arini aku nak wat entry berilmiah sikit
asyik entry merapu ja
tahun dpn dah nak masuk satu angka lagi
tak reti2 lagi kewwww
nahh kau mak kiah
lama mokcit tak membebel
^___^
hahahaha

ok back to topic
hehehehe
actually..dah lama aku nak citer pasal zakat ni
sebab bagi aku..banyak kesan yang memberi impak dalam kehidupan aku..

pendek kan citer lah..
kadangkala kita alpa
rezeki yg kiter dapat tu sebenarnya ada hak milik org lain
aku ni belajar jer pasal zakat tapi tak amalkan
rase hidup ni tak tenang jer
culas2 jer aku bayar zakat
takut nanti jadi munafik
nauzubillah

nak pergi isi borang wat potongan zakat lagilah aku malas
nak wat baik punya lah setan ni dok menghasut
see??

demi Allah
hati ini selalu tak tenang
akhirnya satu hari aku wat cimb klik
buka majalah dan cari org2 yg btul2 susah
dan aku transfer jer duit ke akaun beliau

alhamdulillah
bebanan perasaan ni terhurai begitu saja
terasa ketenangan tu menerpa
syukur ya Allah
akhirnya aku jmpa alternatif yg mudah nak bayar zakat
kat bandar ni bkn senang nak jmpa org yg susah

atau paling susah pon
pergi ke web zakat
kat situ pon boleh potong online
aku pon potong juga terus ke dalam potongan zakat
lagi mudah
nak kira zakat pon kita masuk jer jumlah pendapatan
nanti dia tolong kira..

jadi..kpada kwn2 kat luar sana
keluarkanlah zakat
kadangkala kita takut nak keluarkan zakat sb rasa duit kita byk nk guna
tapi percaya lah
zakat yg kita keluarkan tu adalah perintah Allah
malah apa yg Allah katakan adalah benar
zakat tidak akan membuat rezeki kita berkurang
malah berganda2 Allah bagi
alhamdulillah


KELEBIHAN BERZAKAT:

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita  akan bertambah dan  bukannya berkurang.
2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.
3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita Na’uzubillah…
Akhir kata zakat itu hukumnya wajib
“ZAKAT MEMBAWA BERKAT”






Jumaat, 21 Disember 2012

AlhaMduLillaH..

alhamdulillah
percutian panjang yang sangat indah
although I had to leave my husband for a while 
almost a month..
but..
itulah realitinya..

seriuosly..mmg aku terlalu rindu dengan mak..abah n abg..adik2 kat kg..
kiranya aku ni sensitip jugaklah
kdg duduk sorang2 pon ble menangis
bini sapo lah tu kan

alhamdulillah again..
aku dah sampai rumah di jb ni
walaupon I feel very sad time
I already have my own family
So I have to strongly
bertabahlah wahai hati

oklah..masa kat kg..
gila ahh aku
makan n tdo jer kerja aku
malu nak ckp berat aku bertambah
mana tak naik..
mak aku masak sedap..
dapatlah mkn ketupat, rendang..laksa..mee rebus..chicken chop..pie daging..ikan bakar..bubur asyura.ayam panggang.mcm2 lgi..
like ikan buntal sudeyyy
tq 4 everything my mom
insha Allah..nanti kami balik lagi

Alhamdulillah jugak..
rezeki daripada Allah SWT sentiasa ada..
bulan ni dapat bonus lagi..
sejak I have a daughter..
rezeki kami semakin murah

tadi dengar berita pon
asb dapat kadar dividen tertinggi sepanjang 5 tahun
alhamdulillah
murah lagi rezeki kami
terima kasih ya Allah
sesungguhnya aku sgt bersyukur dgn sgala nikmatMu

selain itu juga
aku turut memberi bonus pada kedua ibubapaku yg telah bersusah payah menjaga aku
wang ringgit tak dapat membayar jasa mak abah
tapi angah janji
angah akan jaga mak abah..abang sulungku..n adik2 dgn baik..

semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki..
cuma satu ja yg perlu kita amalkan..
hidup ni jgn kedekut
bila kedekut rezeki sempit
zakat jgn lupa byr sama
jgn berkira dgn mak ayah n keluarga sendiri
insha Allah..
kadangkala rezeki ni dtg dr pelbagai sudut
walaupon bukan duit..mungkin kesihatan yg baik..dan bermacam2 lagi

Do not be stingy..
insha Allah..nanti kalu kita yg susah..
there will be others who will help us
^____^

Rabu, 19 Disember 2012

A Long JourNey


A long vacation very enjoyable
Arini I broadcast at seremban
night bus ride from s.petani
reach seremban at 5am
first time naik bus sejak ada anak
huhuhu
kereta hubby tinggal kat seremban
actually we plan to raise our train back to seremban from sg petani..
sekali daa ticket has habiss sudaa
padan muka
huhuhu
hubby beli lambat sangat


tomorrow will start the journey to jb
almost a month split with husband
feel very happy but sad they broke up with mom and dad
walaupon at seremban .. I still feel sad
very homesick at mom and dad beloved di perak

for the sake of my husband and my daughter
have to strengthen the heart and spirit

my husband last headache
Had the time I pinch the head jugak
hopefully my husband's speedy recovery
sok perjalanan terakhir
semoga perjalanan dipermudahkan
aminn